JOHOR BAHRU: Kerajaan memperuntukkan RM565 juta menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Negara bagi menyalurkan bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) sejak ia diperkenalkan pada 2009.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, terdapat 1,298 SJKC di seluruh negara, termasuk 884 SJKC Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) menerima manfaat daripada bantuan kewangan berkenaan.
“Di Johor, dari 2009 hingga 2016, jumlah keseluruhan bantuan yang diterima SJKC SBK adalah sebanyak RM69.1 juta, di mana peruntukan ini memfokuskan kepada penyelenggaraan infrastruktur sekolah.


