Saturday, 2 November 2013

Malaysia antara negara paling popular dunia

MALAYSIA menduduki tempat 10 teratas sebagai lokasi pelancongan paling ingin dilawati bagi 2014, iaitu satu-satunya negara Asia yang mendapat tempat dalam senarai dikeluarkan penerbit panduan pengembaraan popular, Lonely Planet.
Brazil, benua Antartika dan Scotland menguasai tiga tempat teratas dalam senarai itu yang ditentukan pakar Lonely Planet dan penulis luar berdasarkan beberapa faktor.

Menurut Lonely Planet, Malaysia memperkenal banyak tarikan pelancongan baru seperti Taman Burung Melaka, Taman Tema Legoland dan Hello Kitty Land di Johor serta Gaya Island Resort di Pulau Gaya, Sabah.

Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia Chong Yoke Har berkata, laporan itu tepat pada waktunya kerana negara bersiap sedia untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 yang dijangka menarik 28 juta pelancong dan pendapatan RM76 bilion.

81,000 penjawat awam terima surat opsyen bulan ini

PUTRAJAYA - Lebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing.

Menurutnya perjumpaan dengan bahagian sumber manusia di semua agensi dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci berhubung penambahbaikan itu akan diadakan secepat mungkin.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai skim itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang tidak bersetuju dengan opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan asal.

"Antara penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan," katanya.

Mohamad Zabidi berkata, penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif.

Berikutan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1 Jan 2014.

Sebelum ini, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, kesatuan sekerja yang terlibat dalam penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan mengemukakan memorandum penambahbaikan skim perkhidmatan masing-masing kepada kerajaan.

Sementara itu Omar berkata, skim-skim lain yang tidak termasuk dalam 81 skim yang ditambahbaik itu masih mempunyai harapan untuk mendapat peluang yang sama.

"Untuk skim yang lain, kami sedang berunding," katanya.  - Bernama

Friday, 1 November 2013

Harga Rumah 2013 Naik Melonjak VS Harga Rumah Turun 20% 2015. Berita Baik?


Sebelum anda meneliti laporan Berita Semasa kali, kami ingin mengajak anda melihat kajian perbandingan harga rumah di Malaysia VS trend pendapatan rakyat Malaysia selama ini (KLIK SINI). Sudah? Ok. Berita Semasa baru sahaja meneliti laporan kajian daripada kalangan penganalisis termasuklah daripada CIMB yang mula meramalkan harga rumah turun sekitar 20% pada tahun 2015. Harga rumah turun?
Realiti hari kalangan pemodal dan pemaju hartanah di Malaysia tidak lagi berminat mendapatkan keuntungan sekitar 60-80% semata. Malah lebih daripada itu. Kebiasannya antara margin keuntungan yang diharapkan kalangan pemain dan pemaju hartanah di Malaysia adalah sekitar 100% sehingga 150% (SEPERTI YANG MEREKA BUAT DI SINI)
  • Memang untunglah pemaju.
  • Yang terkena & mangsa permainan mereka adalah rakyat Malaysia adalah anda, anda dan kita semua rakyat Malaysia
Persoalannya pernahkah selama ini harga rumah turun mendadak sehingga 20%-30% di Malaysia melibatkan kawasan tumpuan?

Harga Rumah Turun 20% 2015 : Kajian Penganalisis CIMB VS Kapitalis REDHA?

Harga Rumah Turun
Adakah jangkaan harga rumah turun seperti perniagaan minyak petrol di Malaysia? Awal pagi menafikan kemungkinan harga minyak petrol naik, pada lewat petangnya sudah terbitnya pengumuman harga minyak naik. Semudah itu?
Tetapi harga rumah di Malaysia cukup unik. Selagi REDHA berkuasa di Malaysia tidak akan sama sekali, mereka akan membiarkan perkara seumpama begini terjadi. Lihat apa yang kapitalis REDHA bercakap mengenai trend harga rumah di Malaysia
Harga Rumah Rurun REDHA
Nampak? Berdasarkan antara alasan & kenyataan REDHA mengenai kenaiakn harga rumah :
Disebabkan anda, anda memilih kawasan hartanah komuniti berpagar menyebabkan harga rumah naik lebih tinggi sehingga 30% – 50%

Harga Rumah Turun : Harga Rumah Rakyat Malaysia VS Harga Rumah Warga Asing?

Apa yang boleh Berita Semasa katakan di sini, jangkaan kenaikan harga rumah sedikiti perlahan tetap ada tetapi banyak yang melibatkan harag rumah RM500,000 ke atas yang mana harga rumah di bawah RM500,000 ke bawah masih tetap mempunyai perminataan yang tinggi.
“Kos tanah naik, kos barang-barang binaan naik. Mana mungkin REDHA boleh membiarkan harga rumah turun boleh terjadi?”
Yang untung tetap kalangan expat dan orang asing, berjaya membolot seberapa banyak hartanah bernilai Rm500,000 ke atas tanpa was-was. Sepertimana yang berlaku di Iskandar Malaysia Johor sekarang ini. Kalangan rakyat Singapore telah mula berkampung dan membanjiri negeri Johor
Kita boleh lihat sendiri, tidak kira apa sahaja kawasan apa akan ada permintaan dan kenaikan harga. Contohnya, Rawang yang dahulu bukan main banyak iklan rumah lelong pun sekarang ini sudah menampakkan pasaran harga rumah di sana telah mula naik sejak ada Jusco Anggun. 
Jadi, Berita Semasa hanya akan percaya harga rumah bakal turun apabila taikun hartanah daripada REDHA buat kenyataan rasmi berbunyi begini :
“Hanya tempat-tempat terpilih bakal menjunam”
Maka itu, barulah Berita Semasa boleh percaya. Ini kerana, selama ini merekalah mengawal pasaran hartanah di Malaysia. Kenyataan daripada CIMB belum “cukup kuat” untuk memberikan jaminan harga rumah turun pada masa akan datang. Apa kata anda?