Tuesday, 28 January 2014

Kenaikan Gaji Minimum Kakitangan Swasta Naik RM1200 VS Laporan Bank Dunia? Setuju Naik?

Kenaikan Gaji Minimum Kakitangan Swasta Naik : Berita Semasa membuat semakan terhadap laporan Bank Dunia kepada Kerajaan Malaysia yang bertajuk “Optimal Design for a Minimum Wage Policy in Malaysia” yang mengatakan kesan dasar gaji minimum samada sejumlah RM900 (KLIK SINI UNTUK BACA) atau RM1,200 sekalipun dalam keadaan kos sara hidup di Malaysia di kebanyakan sektor dan industri hari ini adalah minimal. Mengapa?

Kata Bank Dunia…pelaksanaan gaji minimum hanya memberikan impak yang kecil kepada keputusan pelabur untuk melabur di Malaysia kerana kos buruh sebenarnya hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada jumlah kos pelaburan mereka.
Apa yang baiknya gaji minimum ini? Siapa kata? Bank Dunia yang kata berdasarkan kajian mereka :
  1. Apa yang pelabur ambil kira sebenarnya dalam membuat keputusan untuk melabur? Pertama, infrastruktur dan keduanya kawal selia persekitaran yang merupakan elemen pemacu utama FDI. Bukti anda (semak di halaman 13)
  2. Dapat mengurangkan daya tarikan majikan untuk mengambil pekerja asing yang tidak mahir. Apabila dasar gaji minimum dilaksanakan, permintaan terhadap pekerja asing akan mula berkurangan terutamanya apabila paras kenaikan gaji minimum pekerja swasta sudah mula mencecah RM900. (Rujukan di halaman 69)
  3. Akhirnya syarikat akan mula menggantikan dengan pekerja tempatan yang serdahana mahir apabila melihatkan jurang gaji rendah (pekerja asing) VS gaji serdahana (pekerja tempatan) mula mengecil yang terpaksa tunduk dengan pelaksanaan undang-undang gaji minimum. (Rujuk muka surat 72)

Kenaikan Gaji Minimum Kakitangan Swasta Naik : Saranan & Tuntutan MTUC

Gaji Minimum Malaysia
  • Menuntut kerajaan Malaysia memberikan Kenaikan Gaji Minimum Kakitangan Swasta Naik kepada paras daripada RM900 kepada RM 1,200 bagi membantu golongan pekerja swasta berhadapan kos kenaikan sara hidup yang semakin tinggi
  • Jumlah RM900 gaji minimum ditambah elaun sara hidup (Cola) RM300 sebulan perlu diberi kepada pekerja swasta dan kerajaan memandangkan kos sara hidup semakin meningkat
  • Majikan perlu merancang untuk memberikan elaun lain kepada pekerja seperti elaun makanan supaya kebajikan mereka terjamin
  • menggesa gaji minimum RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 bagi Sabah dan Sarawak
Kebaikan Gaji MinimumSebenarnya kita sering ditakut-takutkan dan dimomok jikalau gaji minimum dinaikkan pastinya akan beri kesan besar yang buruk kepada ekonomi Malaysia, pelabur akan mula lari, harga barang akan dinaikkan.
Sebenarnya kesan simulasi ke atas ekonomi Malaysia secara keseluruhan apabila berlakunya kenaikan gaji minimum kakitangan swasta naik RM1,200 sekalipun yang dilaksanakan di pelbagai peringkat (Rujuk Halaman 97) dan juga pelbagai sektor (semak Halaman 100) adalah hampir sifar dan dasar kenaikan gaji minimum kakitangan swasta contohnya membantu mengurangkan kebergantungan pekerja asing kurang mahir yang berjumlah jutaan orang di Malaysia sekarang ini yang tidak menyumbang kepada pendapatan cukai Malaysia, budaya buruk yang dibawa mereka ke Malaysia, menggunakan subsidi pembayar cukai tanpa kawalan..
Rujuk SINI : Gaji Pekerja Tempatan VS Pekerj Asing Mesti Sama?
P/S : Cuma harapan Berita Semasa supaya, samada di Semenanjung, Sabah ataupun Sarawak janganlah dibeza-beza kadar kenaikan gaji minimum kakitangan swasta naik mengikut negeri. Apakah mereka bukan rakyat Malaysia? Apa pula respon anda?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-gaji-minimum-kakitangan-swasta-naik

Monday, 27 January 2014

Kenaikan Harga Barang (Rakyat Malaysia), Bebanan Kos (Petronas + TNB) = IPP Untung Bilion Ringgit?

Kalau nak dikatakan kenaikan harga barang di Malaysia disebabkan barang yang diimport, elektrik kita tidak import yang mana bahan bakarnya adalah gas asli yang diperolehi hasil dalam negara kita sendiri. Yang kita import arang batu.
Masalahnya sekarang ini adalah, adakah Petronas akan terus menjadi “hamba” kepada kalangan taikun IPP seperti Tan Sri Syed Mokhtar (Malakoff), Tan sri Ananada Krishnan (PD Power), Tan Sri Francis Yeoh (YTL), Tan Sri Lim Kok Thay (kumpulan Genting) dengan menjual harga gas asli pada harga yang cukup rendah kepada penjana-penjana ini, sedangkan IPP ini mengaut keuntungan bebrilion ringgit pada kadar yang dimeterai oleh kerajaan dengan penjana elektrik.

Kenaikan Harga Barang VS Kenaikan Harga Minyak, Elektrik, Tol?

Perjanjian IPP MalaysiaSebenarnya harga barang naik kita adalah kerana mengambil kira faktor rantaian seperti pengangkutan (tol), minyak, elektrik, beras gula contohnya yang mana semuanya dikawal oleh kerajaan. Setiap barang yang dikawal oleh kerajaan ini sudah dikawal oleh konglemerat yang mana ada monopoli yang mana perjanjian yang dimeterai untuk tempoh yang cukup lama dan juga berat sebelah.
Bagaimana mungkin naik harga minyak, tarif elektrik, kemungkinan naik tol, gula dan sebagainya, peniaga tidak dibenarkan naik harga? Adakah mereka ini bukan rakyat Malaysia juga?
Soalnya sekarang, rakyat Malaysia bertanya di mana setiap tahun dijamah dengan berita pengumuman kenaikan ekonomi yang memberangsangkan dan pertumbuhan ekonomi 4%, 5%. Tetapi pertumbuhan ekonomi yang dicanang selama ini tidak sampai kepada rakyat Malaysia. Jikalau betul, ekonomi Malaysia bagus dan kaya sebegitu, mengapa kerajaan mahu berkira harga 20 sen dengan mengambil manfaatnya kepada rakyat? Mengapa?

Pendapatan Kerajaan Malaysia Meningkat VS Perbelanjaan Defisit?

Masalahnya di Malaysia adalah perbelanjaan tidak terkawal kerajaan Malaysia, bukannya perbelanjaan tidak berhemah rakyat Malaysia. Ini kerana setiap tahun pendapatan Malaysia meningkat saban tahun, lebih baik daripada negara-negara lain. Tetapi malangnya perbelanjaan yang dibelanjakan kerajaan melebihi pendapatan Malaysia (perbelanjaan defisit). Caranya penyelesaiannya cukup mudah, rakyat malaysia dihadiahkan beberapa siri pengumuman yang bertalu-talu termasuk kenaikan harga minyak, harga gula, harga tol, tarif elektrik?
Ada yang mengatakan perlu dikurangkan atau dihapuskan subsidi kepada seeua rakyat malaysia. Setuju? Pendapat Berita Semasa, di negara maju seperti Jerman, negara Eropah yang lain semuanya ada subsidi. Janganlah ditarikbalik subsidi rakyat. Mengapa Berita Semasa katakan begitu? Teorinya subsidi yang diberikan kepada rakyat, datangnya daripada rakyat juga. Mengapa mahu ditarikbalik?
Di Malaysia ini keadaan ekonomi banyak dipengaruhi dasar kerajaan, dan kerajaan banyak terlibat dalam perniagaan yang boleh mempengaruhi harga. Contohnya tarif elektrik yang mana setiap kali kenaikan tarif elektrik akan memberikan kesan rantaian yang cukup besar termasuklah termasuklah kepada industri.

IPP Malakoff

Pemilik IPP Malaysia Kaya-Raya : TNB & Petronas Budak Suruhan?

Masalah yang dialami oleh Petronas terutamanya adalah apabila kerajaan menandatangi perjanjian di antara penjana bebas dengan TNB yang menyatakan IPP tidak perlu menanggung kos bahan api (fule pass through mechanism) dan dalam pada masa yang sama perjanjian tersebut menyatakan juga bayaran yang wajib dibayar oleh TNB (mewakili rakyat Malaysia) kepada penjana bebas tidak kira operasi penjanaan elektrik berjalan atau tidak. Ini adalah satu bentuk jaminan yang cukup tinggi bagi mengaut keuntungan berbilion ringgit. Dan setiap kali berlaku turun naik harga bahan api di pasaran, yang menanggung rakyat melalui TNB dan Petronas.
Ada kajian seorang profesor di Universiti Stanford mengatakan kadar pulangan keuntungan IPP generasi pertama adalah antara tertinggi di dunia
Itu sebablah Petronas mengatakan, sampai bila rakyat melalui Petronas perlu menanggung kos IPP ini sehingga 60%-70% untuk IPP? Mengapa tidak IPP yang menanggung kos bahan api tersebut? Mengapa taikun-taikun kaya IPP ini diberikan kesitimewaan sebegitu rupa? Akhirnya apabila TNB dan Petronas tidak mahu bayar, siapa yang bayar? Akhirnya, Andalah (rakyat Malaysia) melalui kenaikan tarif elektrik sekarang ini.
Sepatutnya, jikalau kerajaan telus dan adil kepada rakyat di mana mahu elektrik ini diswastakan atas tuduhan dahulu TNB tidak cekap dan diwujudkan beberapa IPP, swastakan betul-betul. Maknanya untung kamu swastakan dan rugi juga kamu swastakan. Itu baru konsep swasta yang sbeenarnya. Malangnya perjanjian IPP ini cukup berat sebelah yang menganiayai rakyat Malaysia. Apa respon balas anda pula?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-harga-barang-petronas-tnb-ipp

Sunday, 26 January 2014

Semakan BR1M 3.0 2014 Online : Keputusan Status Permohonan BR1M 2014 Februari 2014

 

Semakan BR1M 3.0 2014 Online : Daftar borang Br1M 3.0 sudah, kemaskini borang Br1M 2014 pun sudah (SEPERTI DI SINI) akhirnya dijangka pada awal bulan Februari 2014 semakan BR1M 3.02014 online (keputusan status permohonan BR1M 2014) akan boleh mula anda semua lakukan, samada berjaya atau tidak
semakan br1m 3.0
Setakat ini, terdapat beberapa cara untuk membuat semakan  Semakan BR1M 2014 Online. Antaranya ialah :

Cara Semakan BR1M 3.0 Online 2014?

  • 1) Talian Hotline BR1M 3.0 2014 : Hubungi talian BR1M 2014 di nombor 1-800-88-2716 (jam 9 pagi – petang, ISNIN – JUMAAT Mulai FEBRUARI 2014.)
  • 2) Emel BR1M 3.0 2014 : Anda juga boleh semak keputusan Br1M 2014 menerusi emel ke br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my Mulai FEBRUARI 2014. Maklumkan nama penuh & nombor kad pengenalan anda di mana setiap emel yang dihantar anda akan dibalas antara 2-3 hari bekerja.

Cara Pembayaran BR1M 3.0 Online 2014

  • Berdasarkan maklumat akaun bank yang telah anda kongsikan, pembayaran Br1M 3.0 2014 apada kali ini akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda. Lebih mudah bukan?
Diharapkan juga, dengan bantuan BR1M 3.0 kelak dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan perbelanjaan anda di awal tahun ini. Apa kata anda pula?