Saturday, 19 April 2014

Harga Minyak Ron95 Naik Jun 2014?

Kenaikan Harga Minyak Ron95 Naik Jun 2014? 4 Faktor Kenaikan Harga Minyak Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia: Kali terakhir kerajaan Malaysia bertindak berani dan drastik mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON95 naik (iaitu minyak untuk kelompok marhaen) adalah pada 3 September 2013 (KLIK SINI).

Selepas 7 bulan berlalu, alhamdulillah harga minyak RON95 terus kekal walaupun dalam keadaan ringgit Malaysia terus kekal masih lemah dibandingkan dengan dolar Amerika. Tetapi…..Tetapi…….harga minyak RON95 seperti yang ditawarkan sekarang kepada kelompok rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan serdahana iaitu RM2.10 seliter dilihatkan tidak bertahan lama. Bila-bila masa sahaja boleh berubah. Ada 4 faktor di sini :

4 Faktor Kenaikan Harga Minyak RON95 Naik Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia JUN 2014?
kenaikan harga minyak
  1. Pergolakan antara Rusia dan Ukraine (Laporan Berita Harian)
  2. Kajian semula kerajaan Libya terhadap eksport minyak untuk pasaran dunia (Laporan Berita Harian)
  3. Laporan berita media arus perdana mengenai kadar penyeludupan minyak Malaysia ke negara jiran cukup tinggi dan permintaan tinggi terhadap harga minyak Malaysia (Laporan Kosmo)
  4. Dan yang terakhienya dan tidak asing lagi terma untuk rakyat Malaysia “dasar rasionalisasi subsidi” & “pelarasan harga minyak di Malaysia” (Kehendak Kerajaan Malaysia)
Subsidi Ron 95Semakan Berita Semasa terhadap paras dagangan Amerika Syarikat West Texas Intermediate (WTI) bagi pengagihan bekalan pada Mei ditutup pada harga AS$103.76 setong, meningkat 14 sen ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas. Manakala harga minyak mentah Brent North Sea pada Mei juga meningkat AS$1.47 kepada AS$109.07 setong di London.

Berita Semasa perhatikan negara Ukraine diambang kemusnahan sepertimana yang pernah berlaku dalam sejarah Georgia apabila bertindak kepada pemisah dan rakyat berketurunan Rusia di mana USA dan NATO hanya mampu berpeluk tubuh sahaja.

Jarang diperhatikan berita penurunan harga minyak dunia dilaporkan di media arus perdana. Jarang sekali. Tetapi apabila harga minyak naik? Ehem…
Harga Minyak Dunia
P/S : Berita Semasa menjangkakan harga minyak RON95 akan naik tidak lama sahaja lagi semuanya atas kesan daripada PetroDollar.

PP/S : Sumber yang Berita Semasa perolehi setakat ini dijangka harga minyak RON95 akan naik bulan Jun 2014 ini. Mungkin? Walaubagaimanapun, nantikan pengumuman rasmi daripada Perdana Menteri Malaysia pada tengah malam menjelang kenaikan rasmi harga minyak RON95 kelak.

sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/

Friday, 18 April 2014

Mihas catat jualan RM1b

Antara produk dipamerkan di Mihas 2014, baru-baru ini. Foto: MIHAS 2014.




JUALAN sebanyak RM966.4 juta dicatatkan sepanjang Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2014 (Mihas 2014) yang ke-11 termasuk menerusi program Misi Belian yang berlangsung di Kuala Lumpur, minggu lalu, iaitu kenaikan 21 peratus berbanding RM798.72 juta tahun lalu.

Mihas 2014 yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) ialah pameran perdagangan halal terbesar dunia yang memfokus kepada pembekalan produk dan perkhidmatan halal kepada pasaran antarabangsa.

"Semasa acara yang berlangsung dari 9 hingga 12 April itu, Matrade turut mengaturkan program Misi Belian yang menemukan 400 pembeli dari 41 negara dalam mesyuarat perniagaan yang telah dijadualkan," menurut Mihas dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, sektor utama yang menarik perhatian pembeli semasa pameran itu ialah minuman, produk diproses dan sedia dimakan, makanan sejuk beku, perasa dan rempah.

Namun, sektor bukan makanan dan perkhidmatan seperti kelengkapan tandas, penjagaan tubuh, penjagaan kebersihan dan produk kewangan turut menyumbang RM82.9 juta daripada RM489.2 juta jualan yang dijana sepanjang acara itu.

Mihas 2014 menarik 20,818 pengunjung dari 60 negara, naik 12.5 peratus berbanding tahun lalu dan disertai 521 syarikat dari 26 negara.

sumber dari :  http://www.sinarharian.com.my/bisnes/

Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia

Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014 secara khususnya telah pun dikeluarkan. Ranking universiti terbaik Malaysia 2014 disusun berdasarkan kajian yang dikeluarkan secara terperinci oleh Quacquarelli Symonds (QS). Di Malaysia ada pelbagai universiti dan kolej universiti baik IPTS mahupun IPTS. Kebanyakannya hebat-hebat belaka.

Universiti sendiri merupakan institusi pengajian tinggi dan pengkajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan “University” diambil sebenarnya daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium. Apa maksudnya?

“masyarakat pakar dan pengkaji”
Semoga senarai ranking universiti terbaik di Malaysia 2014 (IPTS @ IPTA) kali ini menjadi panduan untuk kalangan anda untuk membuat pilihan di mana halatuju dan destinasi pembelajaran selepas ini. Rasanya ramai di antara pembaca Berita Semasa) juga bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti IPTA atau IPTS tidak lama lagi. Tetapi persoalannya di mana selama tempoh 3 atau 5 tahun pengajian anda yang seterusnya selepas ini?

Senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2014 ini dinilai pada beberapa aspek yang dilihat agak relevan yang mampu mencerminkan kualiti global dan penyelidikan di seluruh dunia bagi tahap yang lebih baik oleh QS

Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia?
  1. Universiti Malaya (UM) – IPTA
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - IPTA
  3. Universiti Sains Malaysia (USM) - IPTA
  4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - IPTA
  5. Universiti Putra Malaysia (UPM) - IPTA
  6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - IPTA
  7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - IPTA
  8. Universiti Multimedia (MMU) - IPTS
  9. Universiti Teknologi MARA (UiTM) - IPTA
  10. Universiti Teknologi Petronas (Petronas) - IPTS
  11. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) - IPTS
  12. Universiti Utara Malaysia (UUM) - IPTA
  13. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). - IPTA
  14. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing - IPTS
  15. Universiti Malaysia Pahang (UMP) - IPTA
  16. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - IPTA
  17. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - IPTA
  18. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) – IPTS
Berdasarkan senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2014 (IPTA & IPTS), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Petronas (Petronas), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berada dalam senarai ranking 250 universiti terbaik di Asia.

Manakala Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Tun Hussein Onn University of Malaysia (UTHM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) pula berada dalam lingkungan dan kelompok senarai ranking 300 universiti terbaik di Asia.

Bagi 7 lagi universiti seperti di bawah ini mereka berada pada kelas tersendiri yang mana termasuk dalam kalangan 200 senarai ranking universiti terbaik di Asia. Antaranya ialah : Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014? Kedudukan di Asia?
  • Universiti Malaysia Sarawak (UniMas) – 200 terbaik Asia
  • Universiti Islam Antarabangsa (UiAM) – 151-160 terbaik Asia
  • Universiti Putra Malaysia (UPM) – ranking 72 terbaik di Asia & 411-420 terbaik dunia
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – ranking 68 terbaik di Asia & 355 terbaik dunia
  • Universiti Sains Malaysia (USM) – ranking 61 terbaik di Asia & 355 terbaik dunia
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – ranking 72 terbaik di Asia & 269 terbaik dunia
  • Universiti Malaya (UM) – ranking 33 terbaik di Asia & 167 terbaik dunia
Walau dimanapun kedudukan ranking universiti anda, apa yang penting di sini, adalah ilmu & pengalaman selama tempoh anda berada di universiti. Gunakanlah peluang yang diberikan dengan sebaiknya. Ya…..ranking sesuatu universiti hanyalah satu faktor. Tetapi bagaimana anda mengaplikasi ilmu yang anda pelajari, itu ada lebih penting sebenarnya.

P/S : Semoga senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2014 yang dikeluarkan ini menjadi satu motivasi kepada semua pusat pengajian supaya bangkit dan keluar untuk terus bersaing dengan kelompok elit universiti di peringkat Asia mahupun dunia.

P/S : Apa pendapat anda sebagai pendidik, bekas pelajar dan sedang menuntut di mana-mana pusat pengajian dengan senaraian di atas ini?

sumber dari: http://www.beritasemasa.com.my/