Saturday, 29 August 2015

Berita Bersih 4.0 Haram Antara Punca Kejatuhan Ringgit Malaysia to USD?

Khoon Goh yang merupakan senior FX strategist bagi ANZ bank yang berpengakalan di Singapore baru-baru ini berkongsi pandangan dari kacamata dan pengalamannya melihatkan trend kejatuhan  nilai ringgit Malaysia to USD.

Sebelum ini beliau sendiri pernah membuat unjuran yang mana kejatuhan  ringgit Malaysia to USD hanya pada paras USD4.25, itu pun dijangka akan berlaku pada penghujung tahun 2015 ini. Tetapi, perkiraannya ternyata meleset apabila nilai ringgit Malaysia terus meluncur laju melepasi jangkaan pakar-pakar ekonomi yang lain.

Encik Khoon Goh mengatakan dan menggariskan beberapa faktor dan punca mengapa dan kenapa kejatuhan ringgit Malaysia menjadi sebegini rupa. Dan mengejutkan berita Bersih 4.0 yang tersebar pada ketika ini turut ada kaitan dengan kejatuhan terus nilai ringgit.

Berita Bersih 4.0 Haram Antara Senarai Punca Kejatuhan Ringgit Malaysia

  1. Berita Perhimpunan Bersih 4.0 yang telah dikatakan haram oleh pihak berkuasa telah memberikan sentimen dan terus diperhatikan perkembangannya dikalangan pelabur di luar sana
  2. Sedangkan berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap ucapan terkini yang disampaikan Pengarah Merdeka Center, Encik Ibrahim Suffian mengatakan isu ekonomi antara faktor disebalik Perhimpunan Bersih 4.0 201 kali ini.
  3. Kejatuhan ringgit Malaysia akan terus berlaku jika nilai komoditi terus jatuh
  4. Selain daripada faktor luar tersemasuklah kejatuhan nilai yuan dan juga kemungkinan berita kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat
Apa respon anda melihatkan perkembangan dan sentimen pelabur terhadap perhimpunan Bersih 4.0 2015 kali ini disebalik nilai ringgit Malaysia terus jatuh sekarang ini?

sumber : beritasemasa.com.my

Friday, 28 August 2015

Video Curi motor, popular di internet

Perkongsian yang dimuatnaik, semalam.

TIGA orang pemuda 'popular' hari ini selepas didakwa mencuri sebuah motosikal di NU Sentral, Kuala Lumpur, semalam.

Tinjauan Sinar Online mendapati foto ketiga-tiga lelaki berkenaan dimuatnaik oleh pemilik motosikal yang dicuri ke laman sosial Facebook.

"Assalamualaikum 3 orang pemuda ni adalah pencuri moto saya di NU Sentral Kuala Lumpur.. Motor saya telahpun hilang semalam .. Pada hari Rabu 26.08.2015.. Moto saya jenis honda EX5 warna biru K******.. Sesiapa yg mengenali mereka bertiga sila laporkan kepada balai polis berdekatan.. Tolong share please," rayu mangsa.

Foto berkenaan sudah dikongsikan hampir 4,000 pelayar yang lain.

Bagaimanapun, perkongsian terbaru dari salah seorang rakan mangsa hari ini menunjukkan bahawa motorsikal yang dicuri telah dipulangkan kembali kepada pemilik asal.


sumber : sinarharian.com.my

Thursday, 27 August 2015

Terengganu lulus RM1.5j bantu pelajar di luar Negara

BESUT - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan segera sebanyak RM1.5 juta bagi membantu pelajar tajaan Yayasan Terengganu (YT) di luar negera yang berdepan masalah kewangan berikutan kejatuhan nilai ringgit.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusoff berkata, bantuan tersebut diluluskan semalam bagi membiayai yuran belajar dan wang saku pelajar.

"Kerajaan negeri melalui YT akan menguruskan bantuan tersebut secepat mungkin dan pelajar tidak perlu memohon bagi mendapatkannya," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu untuk pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri Jertih yang berjaya memasuki universiti awam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Jertih berkata, setiap pelajar di luar negara akan menerima antara RM1,000 hingga RM2,000 seorang. - Bernama

sumber : kosmo.com.my/