Thursday, 1 October 2015

Kakitangan Shell Seramai 1,600 Orang! Bakal Di Buang kerja.


Kehidupan dan landskap keadaan ekonomi Malaysia yang ibarat syurga dunia sebelum ini sudah berakhir, apabila satu demi satu syarikat terpaksa menstruktur semula syarikat mereka termasuk buang kakitangan dan pekerja bagi mengurangkan kos operasi syarikat masing masing dalam keadaan kelembapan ekonomi dunia dan ekonomi Malaysia yang masih tidak menentu.

Ditambah pula dengan harga minyak dunia yang terus kekal rendah sekarang ini.

Terbaru syarikat gergasi minyak dunia ini, Shell telah mengambil langkah segera untuk terus bersaing secara kompetatif dalam industri emas hitam dunia apabila melalui Shell Malaysia umumkan :

Berita Terkini Shell Malaysia : Persiapan Awal Untuk Lebih Berdaya Saing

  • 1,300 pekerja dan kakitangan akan kena buang oleh Shell Malaysia dalam tempih 2 tahun yang akan datang
  • Jumlah kakitangan Shell Malaysia berjumlah 6,500 pada ketika ini
Sumber : beritaterkini.com.my

Wednesday, 30 September 2015

Saman Anina terhadap Najib, mahkamah putuskan esok untuk tangguh prosiding



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan esok sama ada membenarkan ataupun sebaliknya permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan bekas anggota UMNO Anina Saadudin berhubung tuntutan pembayaran balik RM2.6 bilion.

Presiden UMNO itu memohon pengangguhan tersebut sementara mahkamah mendengar prosiding permohonan beliau dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab. Rauf Yusoh, yang turut dinamakan sebagai defendan, untuk mengetepikan writ saman Anina.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan tarikh tersebut di dalam kamar selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Ab Rauf memberitahu pemberita, beliau mengemukakan hujah bahawa permohonan Anina wajar ditangguhkan kerana bekas anggota Wanita UMNO Langkawi itu tidak mempunyai locus standi (tidak mempunyai kedudukan di sisi undang-undang) untuk memfailkan saman bagi pihak UMNO.

Tambahnya, keahlian Anina telah gugur dengan sendirinya apabila mengambil tindakan mahkamah terhadap parti pada 28 Ogos lalu berdasarkan Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO.

Fasal tersebut menyatakan bahawa seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya dalam parti gugur dengan sendirinya.

Mohd Hafarizam berkata pada hari ini mahkamah membenarkan permohonan kedua-dua defendan untuk penangguhan interim untuk memfailkan kenyataan pembelaan sehingga keputusan penangguhan prosiding esok.

"Pihak kami tidak perlu memfailkan pembelaan esok pagi sehingga keputusan dibuat sama ada permohonan kami dibenarkan atau tidak. Sekiranya mahkamah menolak, saya akan mendapatkan arahan daripada anak guam untuk tindakan seterusnya sama ada membuat rayuan ataupun memfailkan pembelaan," katanya.

Berdasarkan rekod mahkamah, pengurusan kes terhadap permohonan membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Anina telah ditetapkan pada 6 Oktober.


Pada 28 Ogos lepas, Anina, memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan antaranya bagi menuntut pembayaran balik sejumlah US$650 juta yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura.

Anina diwakili peguam Mohd Hanif Khatri Abdulla.

sumber : astroawani.com

Ringgit tidak perlu ditambat pada dolar AS – Zeti



KUALA LUMPUR - Ringgit tidak perlu ditambat kepada dolar Amerika Syarikat (AS) walaupun pada masa ini mata wang tempatan itu meneruskan trend menurun," kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

"Jika anda tambat ringgit, perkara lain akan melaras, sama ada harga atau keadaan permintaaan dan perkara itu mungkin mempunyai kesan lebih besar ke atas ekonomi kita," katanya kepada pemberita di Simposium Global Peringkat Tinggi Malaysia-OECD Mengenai Kesejahteraan Kewangan di sini, hari ini.

Ketika ini, kata Zeti, kerajaan tidak merancang sebarang langkah seperti kawalan modal kerana Malaysia mempunyai mekanisme yang melaras kepada keadaan ekonomi tertentu.

"Apa yang mahu kita tunjukkan ialah apabila kita mempunyai asas ekonomi yang membolehkan kita melaras dan apabila ketidaktentuan berkurang, kekukuhan mata wang kita akan pulih kembali," katanya.

Zeti berkata, penyusutan ringgit adalah disebabkan pelbagai faktor di peringkat global dan BNM akan pastikan pasaran akan kekal teratur. – Bernama 

sumber : kosmo.com.my/