Thursday, 3 December 2015

Isu RM2.6b: Kenapa Najib kena tunggu esok?

Dato' Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai banyak peluang untuk menjelaskan isu RM2.6 bilion yang menjadi tanya tanya seluruh rakyat negara ini, namun mengapa esok baru beliau mahu jelaskan?". 

Demikian persoalan yang dibangkitkan bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman apabila Jabatan Perdana Menteri (JPM) memutuskan semua persoalan mengenai isu dana RM2.6 bilion hanya akan dijawab di Parlimen esok. 

"Saya tidak letak harapan tinggi pada Najib. Beliau mempunyai banyak saluran (sebelum ini) untuk bersuara, kenapa baru esok baru nak jelaskan? 

"Lainlah macam kami, kami susah mahu dapat liputan. Nak kena panggil media dulu baru boleh bercakap," kata Hamidah dalam wawancara bersama Sinar Online di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini dipetik sebagai berkata, JPM memutuskan agar semua persoalan berkaitan isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri itu dikumpulkan dan dijawab pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat kali ini. 

"Sekiranya perdana menteri menjawab hari ini dan esok satu lagi soalan dan kemudian satu lagi soalan, maka ini tidak akan berakhir," ujar Azalina. 

Namun ketika ditanya sama ada Najib akan menjawab soalan-soalan itu pada hari tersebut, Azalina berkata: "Sama ada perdana menteri atau sesiapa sahaja dari JPM akan menjawab...ia masih prerogatif perdana menteri." 

sumber : sinarharian.com.my/

Wednesday, 2 December 2015

Restoran topeng aktiviti maksiat [VIDEO]


Serdang: Tindakan seorang pemilik premis menggunakan taktik membuka rumah pelacuran di sebuah restoran, terbongkar apabila dia ditahan dalam Ops Noda di Serdang Perdana awal pagi tadi.

Dalam serbuan oleh anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang itu berjaya menahan 17 individu yang terbabit dengan sindiket pelacuran. 

Ketua Operasi Asisten Superintendan Roslin Mohamad Isa berkata, dia bersama 10 anggota dari D7 berjaya menyerbu premis yang giat menjalankan aktiviti pelacuran sejak sebulan lalu.

"Hasil serbuan kami menahan 14 wanita warga asing dari Vietnam berusia antara 20 hingga 40 tahun yang menjalankan aktiviti pelacuran. 

“Turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 30-an yang menjaga premis berkenaan," katanya.
Menurutnya, polis sudah beberapa kali menyerbu premis berkenaan tetapi pemilik premis tetap berdegil meneruskan kegiatan haram itu. 

Katanya, polis turut merampas kondom, minyak urut dan wang tunai ketika serbuan.

“Semua yang ditahan dibawa ke balai polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana menawarkan perkhidmatan seks," katanya. 


sumber : hmetro.com.my/

Tanda Tanda Kena Sihir Pemisah,Pengasih Dan Penyakit


Sihir merupakan salah satu amalan yang sudah wujud sejak lama dahulu,dimana sihir di gunakan untuk beberapa tujuan termasuk untuk membalas dendam dengan meminta bantuan syaitan. 

Apakah arti sihir? Asal pengertian sihir adalah memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada yang lainnya maka orang yang terkena sihir akan melihat kebatilan kebenaran dan membayangkan sesuatu yang tidak sebenarnya di kehendakinya atau pun yang sebenarnya. 

Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir, santau lebih-lebih lagi saka keberatan untuk melakukan rawatan. Sebahagiannya pula tidak mempercayainya. 

Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta. 

Dapatkanlah rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang diyakini tidak terlibat dengan sebarang bentuk khurafat dan kekufuran. Amalkan zikirullah dan rajinlah solat hajat/tahajud sebagai pendinding diri daripada sihir dan gangguan jin kafir dan syaitan. Wallahu a’lam

Tanda-tanda sihir pemisah (memisahkan seseorang individu dengan individu lain)

  1. Terdapat perubahan tabiat/perangai secara tiba-tiba
  2. Kerap berlaku perbalahan antara pasangan atau rakan
  3. Kehadiran pandangan buruk keatas pasangan misalnya nampak suami atau isteri begitu buruk dan hodoh
  4. Masing-masing suka menegakkan benang basah dan tidak mahu mengalah

Tanda-tanda sihir pengasih

  1. Kehadiran perasaan rindu dan cinta yang mendadak kepada seseorang
  2. Terikut-ikut kehendak pasangan (haram) atau individu secara berlebihan
  3. Kuat berkhayal tentang adegan seks
  4. Berkeinginan tinggi untuk melakukan hubungan seks

Tanda-tanda sihir menghadirkan penyakit (membuat sesorang itu jatuh sakit)

  1. Cakap merapu
  2. Fikiran bingung
  3. Sentiasa resah gelisah
  4. Tidak menjaga kebersihan diri
  5. Gemar bersendirian
  6. Tidak suka bergaul dengan kawan-kawan
  7. Tidak ada kekuatan fizikal dan mental
http://eberita.org/