Dalam serbuan oleh anggota Bahagian
Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang
itu berjaya menahan 17 individu yang terbabit dengan sindiket pelacuran.
Ketua Operasi Asisten Superintendan
Roslin Mohamad Isa berkata, dia bersama 10 anggota dari D7 berjaya menyerbu
premis yang giat menjalankan aktiviti pelacuran sejak sebulan lalu.
"Hasil serbuan kami menahan 14
wanita warga asing dari Vietnam berusia antara 20 hingga 40 tahun yang
menjalankan aktiviti pelacuran.
“Turut ditahan tiga lelaki tempatan
berusia 30-an yang menjaga premis berkenaan," katanya.
Menurutnya, polis sudah beberapa
kali menyerbu premis berkenaan tetapi pemilik premis tetap berdegil meneruskan
kegiatan haram itu.
Katanya, polis turut merampas
kondom, minyak urut dan wang tunai ketika serbuan.
“Semua yang ditahan dibawa ke balai
polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana menawarkan
perkhidmatan seks," katanya.
sumber : hmetro.com.my/
No comments:
Post a Comment