
Sebuah kisah benar mengenai seorang
pramugari yang telah ditiduri oleh hantu raya...
Sepasukan ahli perubatan Islam hadir
untuk membantu membuang gangguan tersebut...
Cuaca pada malam itu agak dingin...
Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, ,,Negeri Sembilan itu sudah
tidur semasa Keena pulang daripada kerja. Pada masa itu jarum jam menunjukkan
pukul 11 malam.... Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh
setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang....
Sedang dia asyik menghayati siraman
air suam kuku,,, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek
yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.Dek terlalu letih,,, Keena tidak
banyak berfikir.... Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang
tersesat ke dalam kamar mandinya.... Seketika kemudian objek berwarna hitam itu
lenyap.....
"Bila diamati betul-betul ia
seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,"
tutur Keena, 37.
Sejak setahun lalu,,, ibu tunggal
itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya.... Rumah tersebut didiami
Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya....
Malah, adik perempuan Keena mendakwa
pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung
rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah
itu tidak lagi tenteram seperti dahulu....
Ada sahaja gangguan misteri berlaku.
Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani
tidurnya....
“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi
orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa
buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling....
“Semasa tidur pula ada makhluk
berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan
dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula....
SEMASA azan dilaungkan terdapat
bunyi seakan-akan almari diketuk....
“Bukan itu sahaja, sejak mengalami
gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran
dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal....
Dia tidak sahaja diganggu oleh
bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi
Keena turut merudum....
Setelah bercerai dengan suaminya
yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak
kegagalan dalam percintaan.
“Dalam tempoh itu saya sudah
bertunang sebanyak tiga kali... Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan
kami terputus tanpa sebab.... Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang
mualaf....
“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin
dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi.... Saya bingung,,,, mengapa
semua ini berlaku?” kata Keena.
Menyedari keanehan itu,,,, Keena
berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya
keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk
berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar
berwarna hitam....
Ular itu bagaikan hendak menghalang
ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.,,,.
“Sewaktu menjemput seorang ustaz
daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular
itu....
“Ular berwarna hitam yang berdiri
setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia
tiba-tiba lenyap....
“Anak saya memberitahu bahawa dia
seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah
pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.
Menurut seorang pengamal perubatan
Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu
hantu raya.
“Makhluk berbulu yang sering dilihat
Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman
dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.
“Dalam diri Keena sendiri ada
makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana
terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.
Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila
makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan
mangsa.
“Ada mangsa gangguan hantu raya yang
mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar,
tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada
mangsa,” tambah Shamsuri.
Baru-baru ini, Shamsuri melakukan
proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan
ayat-ayat rukyah.
Setiap bilik di rumah Keena
dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib
tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai
tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.
Ketika Shamsuri dan tiga orang
pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh
bunyi dari sebuah almari.
Bunyi jari telunjuk yang mengetuk
pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.
Jelas Shamsuri, apabila dibacakan
ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan
marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi
cawan dan harimau mengaum.
“Tanda-tanda ini akan berlaku pada
waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi
mangsanya,” kata Shamsuri.
No comments:
Post a Comment