Terus terang Berita Semasa katakan, kami sukakan perkhidmatan ERL sebab cepat ke destinasi yang telah ditetapkan. Malangnya, ada berita yang tidak sedap didengar apabila tambang ERL naik. Bukan RM5 – Rm10 tetapi kenaikan RM20 sekaligus.
Meletakkan kadar baru ke KLIA pada caj RM55, bagi kami sangat mahal. Mengalahkan harga ke Krabi, Thailand. Yang kasihannya, yang acapkali ulangalik KL Putrajaya, KL – KLIA.
Dan, ERL tidak keseorangan apabila komuter juga tidak ketinggalkan menawarkan caj dan baru kepada pengguna setia komuter. Contoh gambar tiket harga baru ada dikongsikan di bawah.
Mungkin selepas melihatkan kemarahan dan rintahan orang ramai, mengenai berita terkini disebalik kenaikan tambang ERL naik, pihak ERL telah menyatakan yang mereka sedang dihimpit dengan masalah kerugian yang ckup besar sepanjang menguruskan operasi ERL ini.
- projek ERL memakan kos Rm24 bilion
- Perkhidmatan ERL sudah bermula sejak tahun 2002 lagi
- Sudah mencatatkan kerugian sebanyak RM671.7 juta
- Julai 2015, pemegang saham telah suntik sejumlah RM72 juta tambahan untuk dana
- Pemegang saham ERL adalah Lembaga Tabung Haji (40 peratus), Trisilco Equity Sdn Bhd (10 peratus), YTL Corporation Bhd antara (50 peratus)
Kadar Baru Tambang ERL Komuter Naik?
Seperti yang tertera pada gambar di bawah ini contohnya :- KL Sentral ke Putrajaya. Sebelum ini RM9 ++, sekarang sudah jadi RM14
- Dahulu dengan laluan yang sama Tampin ke KL Sentral, hanya sekadar RM18.20 sahaja. Sekarang sudah RM27.40
- Dahulu KL Sentral ke KLIA naik kepada Rm55 berbanding Rm35 sebelum ini
sumber : beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment