
AMY menunjukkan kecederaan mata Oscar.
London: Seorang budak lelaki berusia 18 bulan
hilang penglihatan sebelah matanya selepas rakan ayahnya gagal mengawal doron
yang dikendalikannya.
Bebola mata Oscar Webb terbelah dua
akibat terkena bilah kipas dron milik Simon Evans.
“Saya bermain dron itu selama
seminit, tetapi ketika mahu mendaratkannya alat itu terlanggar pokok dan mula
berputar.
“Tiba-tiba saya terdengar kawan saya
menjerit. Saya terkejut melihat begitu banyak darah dan anaknya terbaring
menangis di atas rumput,” kata Evans.
Ibu Oscar, Amy Roberts berkata, dia
melihat mata anaknya ketika dalam ambulans untuk ke hospital.
“Saya tidak akan melupakan apa yang
dilihat. Bahagian bawah matanya terkopak dan mengerikan,” katanya.
Oscar memerlukan pembedahan lanjut
sebelum boleh menggunakan mata palsu.
Keluarganya memaafkan Evans kerana
memahami ia hanya kemalangan, namun lelaki itu sendiri sudah tidak sanggup
memandang dron berkenaan.
Pakar perunding pembedahan
okuloplastik dan orbital Faye Mellington, berkata, mata kanak-kanak itu rosak
teruk dan kemungkinan untuk pulih amat tipis. - Agensi
sumber : hmetro.com.my/
No comments:
Post a Comment