Tuesday 1 December 2015

Video: Mak Cik kantoi Ditangkap Curi Sayur Raih Simpati Netizen

SATU rakaman video insiden seorang wanita yang ditangkap akibat mencuri di sebuah pasar raya mengundang rasa kasihan pengguna media sosial. 

Video yang dikongsikan di laman Facebook I <3 Pahang itu menunjukkan wanita tersebut mencuri beberapa barangan makanan seperti sayur mentah, makanan dalam tin dan beberapa makanan mentah lain. 

Kejadian dipercayai berlaku di di sebuah pasar raya di Jerantut, Pahang yang tidak didedahkan namanya.
Kalaulah kakak ni ada duit, tak mungkin dia sanggup mencuri… Mungkin terpaksa demi anak2 walaupun niat tidak menghalalkan cara… Mencabarnya kehidupan sekarang ni… Kejadian dikatakan berlaku di Jerantut,” muat naik status video berkenaan.

Menurut info, wanita tersebut diarahkan membayar gantirugi sebanyak 10 kali ganda jika dia mahu dibebaskan, Jika enggan berbuat demikian, mereka akan menyerahnya kepada pihak polis. 

Para netizen memberi respon yang pelbagai, rata-rata mengkasihani situasi wanita itu.

Pengguna Facebook, Nur Athirah Othman dalam komennya berkata, “Macam mana nak suruh akak tu bayar 10x sedangkan dia takde duit dan mencuri? Kalau dia ada duit aku tak rasa dia akan curi. Hmmm kesian. 

“Anak kat umah lapar nak makan. Mak pulak tak tahu nk buat keje apa, nak keje tukang sapu pun susah nak dapat sekarang,” tulisnya.

Manakala Puzz Lip pula berpendapat tiada alasan yang patut digunakan untuk mencuri kerana Islam melarang perbuatan itu sebagai satu dosa. 

“Tiada alasan mencuri…dalam Islam kan tahu bedosa…sihat tubuh anggota…klau ada anak didik kasi pandai…biar besar nasihat anak tu klau susah terdesak suruh curi dan menyamun semua masaalah selesai…kes nie buat lah tauladan supaya kita anak melayu gigih usaha semuga berjaya..doa dan usaha mesti ada jalan kluar insyaallah ..kakak oiii…jgn malukan bangsa sendiri!!!” katanya.

Tidak ketinggalan ada yang mengaitkannya dengan keadaan sosio ekonomi rakyat pada masa kini sehingga mendesak mereka berkelakuan begitu di samping meminta perhatian pusat zakat terhadap keadaan individu seperti itu.


Makcik kantoi curi sayur raih simpati netizen oleh mynewshub mynewshub.cc/

No comments: