
Video menggunakan kamera GoPro yang dirakamkan polis trafik yang sedang
bertugas pada Sidang Kemuncak Asean Ke-27 kini menjadi viral di media sosial.
Video bertajuk "Kuda Putih Dalam Hujan" dimuatnaik menerusi
Facebook Friends of PDRM pada Khamis dan hingga kini ditonton 74,645 kali.
Kamera GoPro yang diletakkan pada helmet anggota polis berkenaan merakamkan
pasukan peronda itu mengiringi pemimpin Asean ke destinasi mereka ketika hujan.
Rakaman durasi 1.28 minit itu memberi penghargaan kepada pengguna Facebook,
Khayrol Nizzam yang dipercayai anggota polis trafik yang merakamkannya.
Maklum balas kepada video itu sungguh positif dengan pengguna Facebook
memuji tugas anggota polis trafik.
Pengguna Facebook, Abam Pejoi mengucapkan tahniah kepada anggota polis yang
bertugas sepanjang sidang kemuncak itu dan berharap mereka yang cedera akan
segera sembuh.
Zulfadzli Ridzuan memuatnaik: Dalam hujan boleh macam ni punya laju, berani
betul polis ni. Kalau aku ride dalam hujan laju macam ni, mau kempis jantung
aku, takut tergolek. Tengok video pun dah seram.
mstar.com.my/
No comments:
Post a Comment