Sunday, 29 November 2015

Anggota PVR maut selepas kereta dihempap lori tangki

BEGINILAH keadaan kereta Muhammad Rizal yang dihempap sebuah lori tangki di Jalan Kuantan-Pelabuhan Kuantan semalam

KUANTAN – Seorang anggota sukarelawan polis (PVR) yang baru selesai menjalankan tugas rondaan cegah jenayah terbunuh selepas kereta Proton Iswara dipandunya dihempap sebuah lori di Jalan Kuantan-Pelabuhan Kuantan, berhampiran dengan tempat pembuangan sampah di sini semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi itu, mangsa yang bertugas di Balai Polis Beserah, Muhammad Rizal Ramly, 37, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan. 

Pegawai Turus Trafik negeri, Deputi Superintendan Ahmad Nadzri Zainal berkata, pemandu lori, Mohd. Shah Abu Bakar, 51, berasal dari Kulaijaya, Johor bersama kelindannya, Fazlan Abd. Kadir, 42, berasal dari Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi, Johor dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan. 

"Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku apabila lori itu yang menghala ke bulatan Aspa Cottage dari bandar ini hilang kawalan sebelum kenderaan berat tersebut terbalik lalu menghempap kereta dipandu mangsa yang sedang bergerak di laluan kiri. 

"Mangsa bekerja sebagai juruteknik dan berasal dari Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

sumber : kosmo.com.my/

1 comment:

Anonymous said...

Semua pemandu lori di Malaysia terdiri drp yg bodoh masa sekolah dan gila selepas sekolah.

Ingat pemandu lori, ingat orang gila.