Tuesday 1 December 2015

Mai aii!...Tudung harga RM 6810.. Adakah ia "kalis api neraka"?


Mak aiii! Harga sehelai tudung aje dah mencecah sampai RM 6810 hinggit?? Rabak poket ni kalau nak beli ni. Bazir! Bazir! Lain la kalau orang yang dalam poket tu sentiasa penuh noh..

Harga tudung tu boleh lepas beli motor sebijik bayar tunai dah nohh.. Tapi tudung jenama Bawal Exclusive ni memang dah terkenal di negara kita ni dan terkenal gak dengan harga mahal ye tak? Sebab apa??

Tau aje la tudung jenama tu kan menggunakan hiasan yang berkualiti, hiasan yang di tempek kat tudung jenama diorang tu menggunakan kristal Swarovski yang di import dari luar negara punya.

Jenis fabrik pun bukan sebarangan tapi di import gak dari Jepun sebab tuu la mahal sampai mencecah ribu hinggit. Butik Bawal Exclusive di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur ni memang menjaga kualiti kain dan hiasan tu bagi kepuasan pelanggan diorang gak.

Bila pelanggan beli tu rasa berbaloi la kan dengan kualiti tinggi cenggini. Baru rasa syok aje pakai tapi korang kalau nak beli tudung jenama ni beli yang takat korang mampu aje la ye. Jangan dok paksa diri nak beli gak macam orang lain, takot nanti pokai tak duit sara diri pulak.


MissHana/Utaranews.com.

No comments: