DUA mayat yang ditutupi plastik
kuning dilihat di depan pusat beli-belah itu selepas kejadian.
Waco (Texas): Sembilan orang terbunuh
dan 18 cedera apabila perkelahian dalam kalangan kumpulan penunggang motosikal
bertukar menjadi ganas hingga mencetuskan pertempuran bersenjata di tempat
parkir sebuah bar di sini, semalam.
Jurucakap Polis Waco Sarjan Patrick
Swanton berkata, 18 orang dihantar ke hospital berhampiran dengan kecederaan,
termasuk akibat tembakan dan tikaman.
Pergaduhan itu membabitkan anggota
daripada sekurang-kurangnya tiga kumpulan berlaku sejurus selepas tengah hari
dan merebak menjadi pertempuran membabitkan belantan, pisau dan rantai besi,
kata Swanton.
Menurutnya, ia berpunca daripada
perkelahian berebut tempat parkir.
Polis mula bertindak apabila
kumpulan berkenaan mula melepaskan tembakan.
Apabila tembak-menembak berakhir,
mayat dilihat bergelimpangan di kawasan berkenaan.
“Mereka amat berbahaya. Ramai orang
tidak bersalah mungkin cedera,” kata Swanton.
Lapan orang mati di tempat kejadian
sementara seorang lagi di hospital, semuanya penunggang motosikal.
Jurucakap polis itu bagaimanapun
tidak dapat memastikan sama ada yang mati itu terbunuh akibat tembakan polis.
sumber : hmetro.com.my/
No comments:
Post a Comment