
Bangunan pusat beli-belah Garden Mall di
Mid Valley, lokasi seorang daripada dua suspek sindiket penipuan ditahan
kelmarin.
KUALA LUMPUR – Seorang gadis warga China yang terpedaya dengan sindiket
penipuan urus niaga import dan eksport pelbagai barangan, berputih mata
apabila wang diwarisi daripada keluarganya bernilai RM7.5 juta lesap ditipu
ahli sindiket itu.
Mangsa yang berusia 27 tahun dan bekerja sebagai penasihat kewangan sebuah
syarikat di negaranya tertipu dengan projek yang tidak wujud ditawarkan oleh
dua lelaki berketurunan Cina rakyat tempatan berusia 57 dan 34 tahun.
Mengikut laporan dibuat mangsa pada 10 November lalu, gadis itu mengenali
kedua-dua suspek pada Julai 2014 menerusi laman sosial sebelum terpedaya dengan
bisnes kononnya berkaitan urus niaga import dan eksport barangan.
“Walaupun hanya berkenalan menerusi alam maya, gadis itu terus membuat
bayaran pertama sebanyak RM500,000 menggunakan bank draf kepada salah seorang
suspek bagi menyertai bisnes yang juga ditunjukkan menerusi laman sosial pada
Ogos tahun lalu,” kata satu sumber polis kepada Kosmo! di sini semalam.
sumber : kosmo.com.my/
No comments:
Post a Comment