
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, ATM akan meneliti
sistem berkenaan dan menambah baik sebarang kelemahan pada sistem itu.
"Kami akan kaji prosedur sedia ada kerana dalam kes ini ada orang yang
berniat melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan." katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada sistem pengurusan
aset kenderaan ATM perlu dikaji semula selepas sebuah kereta rasmi milik
Tentera Darat Malaysia (TDM) didapati memasang tangki pada but kenderaan itu
dipercayai bagi kegiatan penyeludupan minyak.
Mengulas mengenai tindakan yang bakal dikenakan terhadap anggota terlibat,
Zulkifeli berkata, pihaknya masih menunggu hasil siasatan berhubung perkara
berkenaan.
"ATM akan melihat sama ada tindakan yang dikenakan terhadap anggota
perlu dirujuk kepada polis atau ATM sendiri yang ambil tindakan namun ia
bergantung kepada tahap kesalahan itu," katanya.
Terdahulu, Zulkifeli melepaskan kira-kira 567 peserta Power Run 2015 di
Stadium Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak di sini semalam.
Pada Ahad lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
mengarahkan Cawangan Siasatan Jenayah TDM melakukan siasatan berhubung perkara
itu dan memuat naik gambar kenderaan tersebut di laman Facebooknya.
"Saya telah arah siasat, tanpa takut atau pilih kasih," kata
Hishammuddin.
sumber : kosmo.com.my/
No comments:
Post a Comment