Friday, 25 December 2015

Saya Mendengar Suara Seperti Orang Berdengkur Kuat Didalam Masjid-Saksi



Dalam kejadian seorang bilal masjid yang maut di sembelih karena azan subuh di balam semporna inhil,riau kamis 17.12.2015 lalu.Mangsa darwin lubis sebagai bilal masjid  nurul yang ditemukan terkapar didalam masjid sekita jam 05:15 waktu indonesia.

Menurut saksi Rifai siregar 50,yang duduk di sekitar masjid mengatakan bahwa ia mendengar suara orang seperti berdengkur kuat sebanyak 3 kali di dalam masjid.

"sebenarnya kejadian berlaku selepas sholat subuh,bukan ketika azan subuh di kumandangkan.Pagi itu saya mendengar suara seperti orang berdengkur 3 kali dari dalam masjid,namun suara itu sangat Kuat dan aneh,karena merasa ingin tahu saya langsung menuju kedalam masjid karena hal ini tidak biasa,saat saya sampai korban sudah terbaring berlumuran darah.kisahnya"

Darwin lubis yang sempat di larikan kehospital rantau parapat untuk mendapat rawatan meninggal dunia karena luka yang terlalu serius di bagian leher akibat di kerat.

"Menurut satu sumber lain mengatakan setelah mangsa darwin yang selamat dikebumikan pada jam 10 pagi,pihak polis berjaya menahan satu suspek yang mencurigakan yang juga tetangga mangsa.

Selain dari pada itu suspek juga dikatakan individu yang bukan beragama islam dikatakan terganggu dengan suara azan Subuh"maklumat dari facebook ida langsa (info samar samar)

Sementara itu datuk penghulu bangko semporna menjelaskan,mangsa darwin lubis yang duduk di belakang masjid bersama isterinya sejak 4 tahun lepas.

sumber : eberita.org/


Kamu merempat dalam negara sendiri sebab kamu MALAS!!



“Kamu berdua boleh merempat di negara sendiri sebab apa?..Sebab kamu malas! ” kata seorang hakim Mahkamah Sesyen di sini hari ini kepada pasangan suami isteri yang mengaku bersalah atas tuduhan merompak seorang juruwang sebuah kedai serbaneka, lapan bulan lalu.

Hakim Amernudin Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan tiga kali terhadap Nasaruddin Naser, 35, manakala isterinya, Fatin Nadia Abdullah, 20, dihukum penjara 10 tahun.

Nasaruddin yang memakai baju berwarna jingga dari Penjara Kajang kini sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun dan sebatan dua kali manakala Fatin Nadia yang memakai baju kurung berwarna ungu juga menjalani hukuman penjara selama tiga tahun kerana kesalahan bersama-sama melakukan rompakan dalam kes lain.

Sementara itu bagi pertuduhan hari ini, pasangan terbabit yang mempunyai seorang anak yang masih kecil mengaku bersalah terhadap tuduhan bersama-sama merompak juruwang warga Nepal, Subais Waiba, wang tunai RM132.70 dan pelbagai jenis kotak rokok di kedai serbaneka 7-Eleven, Jalan 5/38D Taman Sri Sinar, Segambut di sini, pukul 11.50 malam, 28 April lalu.

Dalam penghakimannya juga Amernudin mengingatkan pasangan itu yang tidak bekerja bahawa undang-undang tidak akan melepaskan mereka yang melanggarnya.

“Selama saya berkhidmat, jarang saya lihat orang perempuan terlibat dalam kes ini. Dalam apa alasan sekalipun bukan ini caranya kamu berdua mendapatkan wang, banyak cara lain,” katanya.

Beliau mengarahkan hukuman penjara terhadap Nasaruddin berjalan secara serentak dengan hukuman terdahulu yang berkuat kuasa pada 27 November lalu manakala hukuman terhadap Fatin Nadia juga dilaksanakan serentak dengan hukuman terdahulu yang bermula 12 Disember lalu.

Amernudin memutuskan demikian selepas menerima rayuan kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya, Ezrene Zakariah mengemukakan pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Terdahulu mereka juga merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan Nasaruddin sedang menjalani hukuman penjara manakala isterinya memberitahu mempunyai anak yang masih kecil dan telahpun membuat pengakuan bersalah.

Berdasarkan fakta kes, pada malam kejadian, Subais dan seorang juruwang wanita yang sedang bekerja di kedai tersebut telah didatangi oleh Nasaruddin yang mengacukan pisau kepada Subais dan mengarahkannya memberikan semua wang dalam peti tunai manakala Fatin Nadia pula telah mengambil semua kotak rokok di belakang peti berkenaan sebelum melarikan diri.

Suami isteri itu kemudiannya berjaya ditahan oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya dekat sini pada pukul 3.20 petang, 3 Disember lalu. - UM


Dera suami kerana asyik kentut di katil



FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita berhadapan tuduhan mendera kerana membelasah suaminya yang didakwa tidak henti kentut ketika tidur.

Menurut Metro, Dawn Meikle juga didakwa menyiku dan menggunakan penyembur lada (pepper spray) terhadap suaminya, Donald Fitzroy Meikle.

Dawn pula mendakwa Donald tidak berhenti kentut selepas dibenarkan kembali ke katil tidak lama kemudian, menyebabkan Dawn memukul Donald sekali lagi.

Donald mengalami kecederaan di bahagian dada selepas dicakar Dawn manakala isterinya cedera pada bahagian bibir.

Dawn kini ditahan reman di St. Lucie County Jail dan berhadapan tuduhan deraan domestik.

sumber : sinarharian.com.my/