POLIS
mengangkat mangsa yang tercedera, manakala tiga mayat bergelimpangan di
luar kompleks beli-belah Sarinah selepas serangan bom di Jakarta
semalam.
JAKARTA, indonesia –
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut selepas anggota militan didalangi
kumpulan pengganas Islamic State (IS) meledakkan enam letupan bom dan
melepaskan tembakan rambang di kawasan Jalan MH Thamrin di sini semalam.
Media tempatan melaporkan, enam butir bom meletup, manakala seorang
saksi agensi berita Reuters berkata, dia melihat polis berbalas tembakan
dengan kumpulan lelaki bersenjata.
Beberapa jam selepas serangan itu bermula, saksi sama mendengar lebih
banyak bunyi tembakan dan sekurang-kurangnya satu lagi letupan bom.
Menurut laporan media Indonesia, serangan bermula sekitar pukul 10.35
pagi waktu tempatan dengan satu letupan berlaku di luar kafe Starbucks
di pusat beli-belah Sarinah dekat sebuah simpang empat.
Sebuah pos polis dekat persimpangan itu rosak teruk akibat letupan tersebut.
Buat pertama kalinya, dalam tempoh 12
tahun harga minyak dunia berada di paras $30 setong sekaligus memberikan
“gigitan dan cakaran” kepada negara-negara yang bergantung harap kepada
pendapatan minyak samada banyak atau sedikit.
Tidak terkecuali Malaysia. Faktor dan
punca seperti kemelesetan ekonomi China, kekuatan nilai dolar Amerika,
syarikat pengerudi minyak di Amerika Syarikat yang masih berdaya tahan
dan terbaru signal diberikan yang mengatakan pada bulan depan Bulan
Februari Iraq bakal menambah lagi lambakan minyak di pasaran dunia.
Berdasarkan semakan Berita Semasa
terhadap perkongsian yang diberikan oleh seorang lagi pakar ekonomi Dr
Mohd Nor terhadap perkembangan ekonomi Malaysia 2016 :
Respon Pakar Ekonomi Malaysia Vs Realiti Ekonomi Malaysia Hari Ini?
Permintaan domestik lemah untuk mengekalkan momentum pertumbuhan Ekonomi Malaysia
Hutang isi rumah pada tajap yang tidak mampan
Kadar eksport Malaysia menjunam
Nilai matawang Ringgit Malaysia turut menjunam
Kedatangan jumlah pelancong ke Malaysia turut berkurangan
Penunjuk penggunaan swasta alam keadana terancam
Pemilikan kereta di malaysia ditahap yang tertinggi di dunia
Pendapatan kerajaan Malaysia terus merosot
Harga minyak dunia dan harga minyak sawit dalam aliran untuk tempoh masa panjang
Kos sara hidup di Malaysia terus meningkat secara drastik malangnya pendapatan isi rumah kekal ditakuk yang lama
Nilai ringgit Malaysia kekal pada paras melebihi RM4 untuk setiap satu dolar Amerika untuk tahun-tahun yang akan datang
Pengeluaran, kecekapan, dan daya saing untuk Malaysia semuanya di
bawah par jika dibandingkan negera-negara jiran ASean kita yang lain
iCapital telah memberikan PERINGATAN yang cukup penting kepada
kalangan pelabur dan bakal pelabur samada kediaman, pusat membeli belah
dan komersil atau unit pejabat sudah terlebih penawaran!!!
iCapital juga memberikan AMARAN yang mana ekonomi
Malaysia akan jatuh dengan SANGAT CEPAT sambil berkongsi persoalan
samada ekonomi Malaysia akan menjadi sepertimana yang berlaku kepada
Argentina?
Tahap pendidikan di Malaysia lebih teruk dari Vietnam sepertimana yang dilaporkan Bank Dunia
Apa respon balas anda pula yang anda bakal harungi sepanjang tahun 2016 ini?
KEMALANGAN membabitkan kenderaan berat semakin menjadi-jadi… tak perlu fikir panjang kerana itulah hakikatnya.
Hari ini aje dua pelajar maut akibat dilanggar lori hantu di Kajang.
Hampir setiap minggu kita mendengar mengenai kemalangan seumpama itu.
Sedihnya, kita bukan ada satu atau dua tetapi sekurang-kurangnya 3 agensi yang mempunyai kuasa penguat kuasaan di jalan raya.
Ia termasuk bahagian trafik Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Namun apa yang kita lihat?
Saban minggu kemalangan melibatkan kenderaan berat seperti lori berlaku dan berlaku dan terus berlaku.
Trafik yang tiba di lokasi….selepas beberapa ketika akan bertanya
(soalan wajib…) “Dah ada bengkel ke?”. Kemudian akan ditambah, “You nak
cepat, you guna bengkel ni….”.
Yea…maka jurucakap bengkel beruniform mula bersuara mempromosikan bengkel masing-masing.
Diikuti para runner bengkel (yang ini tidak beruniform) pun kemudian
akan berkeliaran di kawasan balai trafik menawarkan perkhidmatan
memperbaiki kenderaan.
Kalau kenderaan setakat rosak takpelah….
Yang menjadi sakit hati… bila kemalangan melibatkan kenderaan berat melibatkan kematian.
Dua Cedera, Dua Lagi Dikhuatiri Maut Lori Hantu Terbabas
Dan kalau libatkan kenderaan berat, hampir semestinya akan berlaku kemalangan maut.
Peliknya, cuba anda perhatikan ketika memandu sama ada di jalan raya
biasa atau lebuh raya, adakah pemandu kenderaan berat masa kini
kelihatan seperti takut pada undang-undang atau penguatkuasaan? Lihat cara pemanduan dan kelajuan, nampak sangat mereka barang
sekelumit pun tidak akan rasa takut atau heran dengan penguat kuasaan.
Di lebuh raya, kekadang sampai ke lorong paling kanan mereka gasak bawak.
Itu belum lagi mengambil kira treler yang menunda atau membawa kenderaan berat di bahagian belakang badan mereka.
Entah apa-apa kenderaan berat akan ditunda tanda sebarang escort oleh kereta lain.
Kenapa?
Ada 3 agensi berkaitan keselamatan jalan raya…
Polis kalau buat operasi akan target penunggang motosikal atau kereta. Itu pun jarang-jarang.
JPJ sibuk tayang MPV baru setiap tahun.
SPAD pulak pernah buat klip pendek memperlihatkan pegawai mereka
menolak rasuah….drama terhebat yang kemudian berakhir seperti itu
sahaja.
Masalah pokok di mana penguat kuasaan?
Mengapa pemandu kenderaan berat langsung tidak peduli dengan penguat kuasaan? Ada ia berkaitan dengan istilah makan bulan?
Apa itu makan bulan yea?
Anda tahu…. tahu kot kan…
Pokok pangkalnya, pemandu kenderaan berat di negara ini kini langsung tidak ada peduli dengan sesiapa. Mereka telah dijadikan kebal oleh bos mereka yang menjalinkan kerjasama bulanan dengan….