Thursday, 24 March 2016

[Video] Penunggang Motorsikal Putus Kaki


Satu video kemalangan jalan raya yang melibatkan motorsikal dan juga penunggang parah dalam kejadian yang tidak diketahui dengan jelas punca dan lokasi kejadian.

Dalam video tersebut dapat dilihat dengan jelas mangsa mengalami putus kaki hingga tulangnya keluar.

Apapun kongsian video tersebut di laman media sosial turut mendapat perhatian natizen sebagai peringatan kepada orang ramai agar selalu berhati hati ketika menunggang motorsikal.

Daripada kajian melibatkan semua negara, Malaysia berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk. Berdasarkan 23.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu, kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom (UK), Sweden dan Belanda. Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk UK pada tahun lalu.

Kemalangan jalan raya mengakibatkan ekonomi Malaysia kehilangan RM9 bilion tahun lalu dari segi kehilangan nyawa dan cedera. Tahun lalu berlaku 6,640 kemalangan jalan raya atau 18.2 kematian sehari, bermakna setiap 1 jam 20 minit seorang rakyat Malaysia terbunuh di jalan raya.

Kementerian Pengangkutan memaklumkan, kelajuan di jalan awam telah terbukti secara saintifik sebagai faktor utama peningkatan ketara risiko maut dan cedera bukan sahaja kepada pemandu dan penumpang tetapi juga kepada pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah. Kira-kira 60 hingga 70 peratus kemalangan berlaku akibat kelajuan.

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), motosikal dan kereta masing-masing mencatatkan lebih 60 peratus dan 20 peratus kematian di jalan raya. Sementara kadar kemalangan maut paling tinggi melibatkan orang muda yang berumur di antara 16 hingga 25 tahun. - eberita.org/


Dua Muslimah 'BELANJA' Gambar Aksi Mengawan!



Ish! Ish! Ni mengawan sesama jantina ke?? Amboi! Minah tudung pink tu baik punya posing dia bagi noh, kalau jantan gatal tengok gambar dia macam tu suka benor lah dorang.. Meleleh air liur dorang tengok gambar macam tu, betul tak?? Mana tak  nya, minah tu saja mengeluarkan lidah macam perempuan jalang dok panggil ‘mangsanya’ datang ke pangkuan!

Si kawan bertudung hijau kat belakang tu pulak, baik punya pegang nenen minah tudung pink tu, tu yang buat gambar tu nampak ‘menarik’ sangat dan tarik perhatian jantan gatal! Lagi satu, tak mustahil juga gambar tu dah terlepas ke laman sosial lucah atau ada individu tak bertanggungjawab edit muka dorang untuk video lucah.. Baru padan muka, suka sangat tunjuk muka minta kaki macam tu!

Miss perasan orang sekarang memang suka bergambar dan posing menggiurkan terutama perempuan lah.. Tak cukup dorang tayang body dengan berpakaian ketat, sebar pulak gambar macam tu kat media sosial.. Keseronokkan yang membawa dorang ke neraka jahanam! Kalau nak diikutkan memang bersepah gambar-gambar macam tu kat media sosial, dah muak Miss melihatnya!

Tu baru minah tudung tunjuk gambar ghairah dan menggiurkan, kalau yang ‘free hair’ pun sama naik jugak.. Itu lah nilai perempuan zaman sekarang, terlalu ‘murah’ belanja gambar seksi dan menggiurkan! Dorang bangga tunjuk ‘aset’ dorang yang sepatutnya dilindung daripada pandangan bukan ajnabi!

Miss rasa macam nak pergi lempang jer muka dua minah tudung tu, bagus sangat lah tunjuk muka sangap macam tu! Dah bertutup aurat baik tu, tunjuk lah ciri-ciri muslimah yang sedap mata memandang.. Bukannya mencuri perhatian dengan gambar yang membawa bala tu, hah! Dasar perempuan tak tahu malu! - MissHana/Utaranews.com

Ringgit Sudah Melepasi Fasa Pelarasan Ketara


KUALA LUMPUR - Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini mengingatkan biarpun ringgit telah melepasi fasa pelarasannya, namun ia masih terdedah kepada kelemahan berterusan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

"Kelemahan ringgit sejak September 2014 sudah melepasi paras dalam episod pelarasan ketara sebelum ini.

"Unit tempatan itu ternyata melebihi jangkauan kebanyakan mata wang serantau lain sejak akhir September 2015," katanya pada sidang media bersempena pengumuman Laporan Tahunan BNM 2015, di sini.

Ditanya sama ada ringgit akan terus mengukuh ke paras RM3.80 pada tahun ini, Zeti menegaskan bahawa bank pusat itu tidak mengunjurkan sebarang paras bagi kadar tukaran berkenaan.

"Namun, apa yang kita unjurkan adalah dari segi kelemahannya.

"Inilah sebabnya mengapa kita meliberalisasikan banyak pertumbuhan tadbiran tukaran supaya syarikat-syarikat serta isi rumah dapat menguruskan pendedahan mereka dengan lebih baik," kata gabenor berusia 69 tahun yang bakal bersara pada April ini.

Ringgit terus mengukuh apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini kepada 3.9910/9960 daripada 4.0050/0100 semalam. Malah, ia turut mencecah paras 3.9597 pada pagi ini.

Prestasi ringgit itu dikaitkan dengan peningkatan keyakinan para pelabur susulan pemulihan harga minyak mentah kepada lebih AS$40 setong yang menyaksikan unit tempatan itu naik kepada paras di bawah 4.0 berbanding dolar AS.

Seorang peniaga, berkata ringgit mengatasi prestasi kebanyakan mata wang serantau serta menjadi paras bulanan terbaik sejak 1998.

Zeti turut menyifatkan pengukuhan semasa ringgit terutamanya disebabkan oleh pengaliran masuk dana asing dan perkembangan itu akan dipantau rapat oleh pihak BNM.

"Apa yang kita mahu lihat adalah aspek aliran pendasarnya.

"Selagi persekitaran luaran itu baik, ekonomi terus berkembang dan sistem kewangan kukuh serta lancar, kita boleh menjangkakan semua asas ini dapat menyokong pendasar bagi pengukuhan ringgit," katanya.

Mengulas prospek ekonomi Malaysia, beliau berkata ia akan berkembang antara 4 hingga 4.5 peratus pada 2016 yang dipacu permintaan domestik.

Zeti turut menjangkakan semua sektor ekonomi, kecuali pertanian, akan berkembang manakala sektor perkhidmatan dan pembuatan kekal menjadi penggerak utama pertumbuhan secara keseluruhannya.

Menurutnya, perbelanjaan pengguna akan dijejaskan faktor seperti kenaikan harga serta ketidaktentuan yang ketara namun akan terus disokong pertumbuhan pendapatan dan pekerjaan.

Zeti juga memberi jaminan bahawa kestabilan kewangan negara tahun ini terus lancar manakala institusi kewangan dapat mengekalkan aspek pemodalan dengan penimbal mudah tunai yang mencukupi serta mencatat keuntungan.

"Lebihan mudah tunai sistem perbankan kekal tinggi pada RM178.3 bilion setakat Januari 2016.

"Ekonomi negara juga terus berdaya saing dengan kemampuan menguruskan risiko yang boleh menjejaskan pertumbuhan," katanya. - Bernama/sinarharian.com.my/