Boikot Tesco Malaysia VS Tesco UK : Tidak boleh dinafikan Berita Semasa
perhatikan kempen boikot Israel melalui barangan dan produk yang
menyokong kewujudan kerajaan haram Israel hanyalah bermusim. Sekejap
panas, sekejap juga sejuk kembali. Tetapi usahlah kita lihat daripada
sudut negatif semata….
Jikalau sebelum ini, kempen boikot Israel dikatakan bermusim, kali ini
kita boleh mulakan dengan tindakan yang agresif lagi, tambahkan lagi
jumlah produk yang perlu diboikot dan juga lebih ramai yang menyertai
kempen boikot kali ini. Yang pentingnya mulakan daripada sekarang
sebagai latihan dan membiasakan diri. Masih belum terlambat lagi…..Dalam
pada masa yang sama, sekurang-kurangnya ia melatih diri ini untuk tidak
bergantung harap dengan satu demi satu produk dan barangan Israel yang
“memerintah” dunia sekarang ini. Insyaallah. Masanya pasti akan tiba…
Lagipun pilihan terlampau banyak
sekarang. Jikalau tidak di Giant, Aeon, Mydin ada, NSK Trade, Econsave,
99 Speedmart. Pilihan di tangan anda. Duit anda, terpulang kepada apa
sahaja pilihan anda. Asalkan jangan sesekali memperlekehkan pilihan
masing-masing. Bagi Berita Semasa sendiri yang mana mampu anda boikot,
eloklah anda boikot. Anda sebagai pengguna gunakan kuasa membeli yang
ada di tangan anda. Termasuklah boikot Tesco seperti mana yang dilakukan oleh Dr Nik Rahim :
Dulu saya adalah pelanggan tetap tesco. Kami belanja antara RM500 ke RM1k setiap bulan di tesco nilai, Negeri Sembilan. Now NO MORE! Saya HARAMKAN diri saya dan seluruh keluarga menjejakkan kaki ke tesco sepanjang hayat. Kami tidak rela membantu tesco yg membantu israel terus membunuh saudara2 kami di Gaza. Anda bagaimana?
Kenyataan & laporan Tesco Malaysia & Tesco Malaysia : isu Gaza Palestin Israel
Jangan disebabkan tidak boleh menerima perbezaan pendapat di antara
orang yang boikot dengan orang yang tidak mahu boikot secara
terang-terangan, akhirnya sesama kita label-melabel. Sedangkan kita
sendiri tidak tahu samada dia ada menzahirkan sokongan dia terhadap Gaza
Palestin secara diam-diam dengan derma ataupun paling kurangkan doa.
Ini kerana Berita Semasa perhatikan, masyarakat kita hari ini
terutamanya yang berkumpul di media sosial cepat melabel orang lain yang
tidak sependapat
Apa pula pilihan anda?
sumber : http://www.beritasemasa.com.my/
1 comment:
jordan retro
alexander mcqueen outlet
off white nike
bape
GGDB
supreme new york
bapesta shoes
supreme
off white hoodie
yeezy
Post a Comment