Monday, 4 August 2014

GST: Tiada lanjutan masa pendaftaran syarikat

eclipse gst, masa i medved, masa, gst, dj masa, gst eclipse, masa mixes, la masa, sansli masa, mitsubishi eclipse gst, eclipse gst turbo, masa sumide, eclipse gsx, eclipse, chanel gst, gorditas de masa, şanslı masa kıbrıs, kpop mashup, s2000 vs gst, gst body, masa i meda, empanadas argentinas masa, hujan, tahta masa, making tamales masa, shakira, rage masa, şanslı masa malatya, built gst, vicente fernandez, gst vs prelude, gsx vs gst, ejercicios para pectorales, eclipse gst auto, pedro masa lalu, masa i medvjed, civic turbo, masa cero estres, pesni za masa, la big band, 1995 gst, masa adebisi shank, masa lalu tertinggal, 1g dsm, gst vs srt4, masa de empanadas, kpop mashup 2012, mojo gst, masa ash, masa estoy enamorado, 1999 gst, mitsubishi gst, mitsubishi eclipse turbo, chanel gst bag, mitsubishi eclipse gsx, jay z, turbo civic, masa slingshot, gst vs mustang, gangnam style, eclispe gst, felipe masa accident, stock eclipse gst, empanadas argentinas, masa de pastelitos, masa pastelitos, 2g eclipse gst, gst bov, gummy bear song, rsx vs gst, utopia, ejercicios para gluteos, lady gaga, 91 eclipse gst, masa di brasa, masa pro 2007, masa leak, masa de empanada, making tamales, 96 eclipse gst, liliana masa, ejercicios para brazos, misa masa, 98 gst eclipse, 97 gst, 97 gst eclipse, jika kau tiada, gst launch, red gst, masa critica, porcelana fria, masa pro, sungha jung, toyota supra, lil wayne, eclipse gst launch, mercedes sosa, tiada lagi aku, sushi, gst vs evo,
JABATAN Kastam Diraja Malaysia (Kastam) tidak akan memberikan lanjutan masa kepada syarikat dan perniagaan yang termaktub di bawah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk mendaftarkan peniagaan mereka, selepas tempoh itu tamat pada 31 Disember ini.

Pengarah GST Kastam Datuk Subromaniam Tholasy berkata Kastam tidak dapat memberikan lanjutan masa memandangkan semua syarikat memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk membuat persediaan sebelum cukai itu dilaksanakan pada 1 April tahun depan.

"Tarikh akhir yang ditetapkan (31 Disember) itu bersesuaian memandangkan bermula Januari hadapan, Kastam boleh membimbing syarikat dan usahawan ini untuk menghadapi GST, dan sudah pasti masa suntuk jika tempoh pendaftaran dilanjutkan," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pada sidang media berhubung penganjuran taklimat berkaitan GST anjuran Kastam bersama Sekretariat Khas untuk Memperkasakan Usahawan India (Seed), Jabatan Perdana Menteri, yang akan diadakan pada 16 Ogos ini.

Beliau berkata urusan pendaftaran juga tidak menjadi masalah memandangkan ia boleh dilakukan secara dalam talian di laman web Kastam, dan syarikat akan menerima nombor GST mereka dalam tempoh kurang dari 24 jam.

"Jika menghadapi masalah, mereka hanya perlu ke pejabat Kastam, dan pegawai kami akan membantu mereka berbuat demikian. Malah, kami juga mengambil bahagian dalam seminar dan taklimat GST supaya peserta yang hadir boleh terus mendaftar," katanya.

Subromaniam mengingatkan bahawa mengikut Akta GST 2014, kegagalan mendaftarkan syarikat secara sengaja boleh menyebabkan mereka didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan atau boleh dikenakan kompaun sehingga RM15,000.

Beliau juga berkata sejak pendaftaran dibuka bermula 19 Jun lepas, hampir 7,000 daripada 300,000 syarikat yang layak berdaftar, telah berbuat demikian.

Malaysia akan melaksanakan GST mulai 1 April, 2015 pada kadar enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan pada masa kini.

Seramai 500 ahli perniagaan dan usahawan India dijangkakan menghadiri taklimat itu, yang diadakan ekoran kesedaran dan pemahaman Taklimat itu akan dibahagi kepada dua sesi, iaitu sesi pengenalan secara umum dan sesi terperinci sektor terpilih seperti peniagaan makanan dan perkhidmatan, yang banyak diceburi usahawan India.

Mereka yang berminat menyertai taklimat berkenaan boleh melayari www.seed.org.my atau menghubungi 019-2839009 atau 013-3979009. - Bernama

No comments: