Tuesday, 5 August 2014

Sasar pendapatan RM10j

huayllay grande, sasar x, sasar kobita, dikri vahalno dariya, sansar salvo cbcanka, lil nwayne, rani mukherjee, ceza-sagopakajmer-neyim varki, david sasar, lake lewisville, maher, numb, don sasar, sasar, nesali maherchi saree, ahmet kaya, rifle 7.62,
Padzilah menunjukkan koleksi telekung SK iaitu kain jenis sutera yang paling laris dijual. Foto oleh Sharifudin Abdul Rahim

SITI Khadijah Apparel (M) Sdn Bhd (SKA), menyasarkan pertumbuhan jualan meningkat 50 peratus bersamaan jumlah pendapatannya RM10 juta pada tahun ini berbanding tahun lalu iaitu RM5 juta sahaja.

Pengasasnya, Padzilah Enda Sulaiman berkata, peningkatan itu disumbangkan oleh jualan telekung Siti Khadijah (SK) sebanyak 40,000 unit dan pelbagai produk di bawah jenamanya sendiri serta pembukaan butik baharunya di Johor Bahru, Johor.

Menurutnya, peningkatan jualan syarikatnya juga dipacu pelbagai barangan keperluan umrah dan haji yang dijual di butiknya serta pakaian kebudayaan.

“Telekung SK mempunyai permintaan yang tinggi dan pembelian dilakukan secara berulang sama ada melalui atas talian (online), butik dan 20 pengedar yang dilantik di seluruh negara. Pembelian secara online menyumbang 30 peratus pendapatan syarikat
dan selebihnya melalui butik dan pengedar,” katanya.

Padzilah berkata, jualan di butik dan pengedar tinggi kerana kebanyakan pembeli suka melihat dan memegang sendiri rekaan dan material.

“Pembelian secara online masih rendah kerana masyarakat masih belum terbuka dengan perniagaan tersebut dan mereka lebih yakin apabila dapat memegang sendiri produk yang dibeli,” katanya.

Menurutnya, SKA merancang membuka butik baharunya di seluruh negara termasuklah Sabah dan Sarawak  akhir tahun depan.


sumber : http://www.sinarharian.com.my/
Wartawan Sinar Harian

No comments: