Friday 8 August 2014

Cilibangi sasar pasar raya besar

raya, me quiere besar, como besar, arcangel, lagu raya, nada va pasar, cruz y raya, enrique iglesias, tiene que pasar, wisin y yandel, alexis y fido, indonesia raya, aprender a besar, volverte a besar, rompe daddy-yankee, 5 letras, how to kiss, mana, necesidad alexandre pires, la raya, la quinta estacion, tenia que pasar, tutorial como besar, imaginate, de la ghetto, justin bieber baby, me quire besar, banda r 15, te vi pasar, volver a besar, kabah, la bellaquera, el torito, te quiero besar, triunfo del amor, gummy besar, mark anthony, maharaja lawak raya, suele pasar, como bailar reggaeton, smosh, pequeños musical, prince royce, antony santos, salvador raya, temerarios, grupo brindis, kaftare kakol besar, jose jose, besar tus labios, scary videos, los bukis, frank reyes, david guetta, pasar miedo, cristian castro, playlist lagu raya, chalino sanchez, dukethakilla, lokita randy, joe veras, hasta abajo, happy birthday song, maricela, besame camila, makano te amo, chino y nacho, pengumuman raya, nada a pasar, tirumala giri raya, iklan raya petronas, tierra cali, besar sapos, selena, cosculluela, arkangel, iklan raya, raulin rodriguez nereyda, nicki minaj, mayor que yo, videos de terror, raya wa skina, jesus adrian romero, juan gabriel, alejandra guzman, besando sapos, yoskar sarante, vuelveme a besar, syndicate project, soulja boy, musica, lagu indonesia raya, international love, kinto sol, tiene q pasar, reik, pasion, luis miguel,
Sharifah Nur Rahimah (kanan) dan Nur Izzah (kiri) bersama produk Cilibangi dan sambal Belacan Bara Bere. Foto oleh Sharifudin Abdul Rahim.

SEROTECH Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhasrat memasarkan kit permulaan penanaman Cilibangi di pasar raya besar.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sharifah Nur Rahimah Syed Alias berkata, buat masa ini, syarikatnya masih dalam proses perbincangan dengan pasar raya Mydin dan Tesco.

"Sekiranya kami  memasuki pasar raya, kami menyasarkan untuk meningkatkan jualan produk kami sehingga 10,000 unit sebulan hanya untuk pek permulaan benih Cilibangi.

"Setakat ini, kami menjual hanya 500 unit pek permulaan Cilibangi yang dijual melalui jualan atas talian (online)," katanya.

Menurut Sharifah Nur Rahimah, pengeluaran pek permulaan Cilibangi adalah 10,000 sebulan dan menjadi produk terlaris keluaran syarikatnya.

Beliau berkata, sebelum ini, Serotech bermula dengan menjual anak pokok Cilibangi di pasar-pasar tani sekitar Lembah Klang dan mempunyai pembeli dari seluruh negara terutamanya di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak.

Sementara itu,  Serotech turut menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengeluar produk berasaskan sambal, Wilayah Mak Tok Trading dengan mengeluarkan produk sambal menerusi jenama Belacan Bara Bere.

Pemiliknya, Nur Izzah Abd Rahman berkata, syarikatnya itu baru sahaja beroperasi sejak tiga bulan lalu dengan pengenalan sambal belacan Bara Bere.

"Proses Kajian dan penyelidikan (R&D) produk ini berjalan selama sebulan.
"Setakat ini, pengeluaran masih kecil kerana kami beroperasi dari rumah," katanya yang menggunakan resipi keluarganya.

Menurutnya, syarikatnya sedang mencari mana-mana individu yang berminat menjadi ejen untuk mengedarkan produknya di seluruh negara.

Mengulas mengenai aspek  jualan,  Nur Izzah berkata, pada  masa ini jualan ditumpukan hanya melalui  atas talian (online) terutamanya menerusi Facebook.

Bagaimanapun katanya, di samping itu, syarikatnya juga  akan mempelbagaikan produk berasaskan sambal pada masa depan.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/
CONNIE S MONICAL

No comments: