Saturday, 9 August 2014

Seronok uruskan bisnes keluarga

bare briefs, flip top, gracias a dios, giraffs tongue, bisnes time, back in bisnes, bisnes portfolios, dexters lab, give me, bisnes son bisnes, daddy-yankee, bivsnes, grito mundial, bisnes salon, beyonce, resep keluarga, hamil, dangdut seronok saweran, bisnes online, ifhy, bisnes internet, goyang seronok, goyang, iklan ades, carpet cleaning business, gorilla illusion, arthor, bisnes emeneim, kasus arumi, evanescence, 17 agustus, indonesia, chacha slide, good bisnes, keluarga 69 1/12, dalmata solitaria, crushcrushcrush, baby, bisnes men shqipetar, jalan bahagia hijjaz, anak sule nyanyi, debat arab, dangdut, adit anak, dead and gone, indonesian passport, salt and pepper, congkak, fx, find a way, bisnes locashin, innova, rihanna cry, karoke, joged seronok, giovani tobing, ftv keluarga kambing, its triky, hahaha, down to bisnes, indion movie, rude magic, family 100 anggoro, jin dan jun, ahmad dhani nyanyi, decode lyrics, rondoe blocc movement, cartoonist, grupo violento, goyangan tante girang, eddie murphy delirious, everygirl, rickey bisnes, duet karo, easy paleo snacks, combia mix, badriah, film komedi indonesia, bahai, keluagaku harapanku, family prophet picture, bisnes sekret, gun controll, hijjaz, dj cuzin twiz, bahasa indonesia, indonesia lawak klub, battlefield, bisnes car, ruf bisniss, colt 45, indians in uk, cinta farhat, ceramah motifator keluarga, ari sigit,
Wajah terbaharu Rem.

PERNAH popular menerusi beberapa rangkaian lagunya seperti Selingkar Kasih dan Semua Orang Tahu, penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak ini sibuk merangka strategi perniagaannya yang diwarisi daripada ahli keluarganya. Menurut Rem, sejak kecil lagi, dia dibesarkan dalam suasana di mana boleh dikatakan hampir keseluruhan ahli keluarga dan sanak-saudaranya bergelar usahawan dan ahli perniagaan.

Disebabkan itu, dunia perniagaan sudah sebati dengan dirinya dan mengetahui selok-belok berurus niaga dalam kuantiti yang besar, hasil pemerhatian serta menimba pengalaman daripada ahli keluarganya sendiri. “Di Kuching, keluarga saya mempunyai sebuah restoran yang diuruskan secara bersama dan Alhamdulillah, ia berkembang maju saban tahun. Perniagaan makanan memang dah sebati dengan keluarga saya dan dengan duit keuntungan berniaga makananlah saya memanjangkan langkah ke Kuala Lumpur untuk menceburi bidang seni.

“Kini setelah 18 tahun menyanyi dan mengacara, duit yang saya kumpul dalam bidang seni akan digunakan sebagai modal untuk memulakan bisnes di Lembah Klang, mengembangkan lagi perniagaan makanan yang telah diusahakan secara turun temurun oleh keluarga saya. “Saya masih lagi mengenal pasti lokasi strategik untuk membuka cawangan restoran agar ia kekal berdaya saing, tidak seperti sebelum ini di mana saya pernah membukanya di kawasan Ampang, tetapi tidak bertahan lama," katanya ketika ditemui pada majlis anjuran Clixster Mobile, di Sri Hartamas baru-baru ini.

Tidak putus asa

Sekalipun mengakui bisnes restorannya suatu ketika dahulu pernah gagal, Rem memberitahu bahawa dia tidak pernah putus asa untuk bangkit kembali mengatur strategi yang lebih mantap bergelar usahawan berjaya. Untung rugi dalam menjalankan sesebuah perniagaan adalah lumrah yang perlu ditempuhi sekiranya ingin maju dalam bidang tersebut. “Untuk bergelar ahli perniagaan ataupun usahawan, jangan takut untuk mengambil risiko. Bak kata pepatah, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Satu frasa yang sangat sesuai dipegang oleh individu yang mahu berniaga.

“Dalam dunia perniagaan sememangnya banyak risiko yang perlu dihadapi, Yang penting, kita mempunyai perancangan yang teliti serta ada ‘backup plan’. Jika pelan pertama gagal, kita perlu ada bukan hanya satu pelan ekstra, bahkan kena ada lebih daripada itu. Lebih banyak pelan, lebih baguslah perniagaan kita, Apa yang pasti, jangan berundur dan mengaku kalah sebelum mencuba," ujarnya menjelaskan pendiriannya.

Selain bisnes makanan, Rem juga merancang untuk mencari platform untuk memulakan bisnes pakaian sama ada melancarkan labelnya sendiri mahupun sebagai saudagar pakaian. Tambah Rem, urusan jual beli pakaian terutamanya baju merupakan antara produk yang mempunyai permintaan tinggi dan amat diminatinya.

sumber : http://utusan.com.my/
Oleh IFQDAR RAHMAN
Gambar NASIR YAZID

No comments: