Pinjaman Perumahan Bank 100% Kepada Pembeli Rumah di Malaysia. Setuju atau Tidak?
Baru-baru ini gegak gempira di bangunan
Parlimen, senator yang dilantik ada mencadangkan supaya pinjaman
perumahan bank untuk anak muda hari ini diberikan kelebihan dan
kelonggaran untuk mereka untuk membuat pinjaman sehingga 100% sekaligus
membolehkan impian mereka membeli rumah di atas bumi yang bernama
Malaysia ini menjadi realiti.
Ahli dewan negara melihatkan masalah
utama anak muda hari ini untuk memiliki rumah adalah disebabkan
kegagalan mereka menyediakan dana dan modal yang cukup sejumlah 10%
untuk membuat bayaran pendahuluan atau deposit 10% ketika mahu beli
rumah walaupun harga mampu milik yang diletakkan pada harga RM400,000.
Kepada pembaca Berita Semasa masih ingat
lagi rentetan beberapa laporan Berita Semasa menganai isu rumah mampu
milik di Malaysia, termasuklah laporan berita di bawah ini :
Berita Semasa merasakan kegagalan dasar
Najib Razak antaranya lah ia bertindak melulu menaikkan paras harga
rumah mampu milik ke paras RM400,000 memberikan lesen agung kepada
pemaju perumahan di Malaysia untuk berlumba-lumba menawarkan perang
harga rumah kepada rakyat Malaysia, sehingga satu unit apartment dan
kondominium sekangkang kera berharga RM500,000, RM600,000, RM700ribu dan
seterusnya.
Kepada tokoh pemikir di Dewan Negara,
Berita Semasa merasakan masalah harga rumah mampu milik di Malaysia
bukannya berpunca kepada kegagalan rakyat Malaysia mendapatkan wang
pendahuluan untuk pinjaman perumahan bank tetapi harga rumah di Malaysia
terus melambung tinggi pada ketika ini meninggalkan jauh paras
pendapatan rakyat Malaysia yang masih lagi terkial-kial mengejarnya.
Pinjaman Perumahan Bank 100% atau Kurang Kadar Faedah Bank?
- Mengapa ahli Dewan Negara tidak mencadangkan supaya harga rumah dikurangkan melalui kaedah pengurangkan kos kepada pemaju?
- ataupun mengurangkan kadar faedah pinjaman perumahan bank di Malaysia?
RM400,000 mampu milik? Bagilah 100%
sekalipun berapa ramai yang mampu membelinya sekarang ini? Akhirnya bala
yang bakal menimpa mereka nanti apabila hutang pinjaman perumahan bank
tidak terbayar kelak.
Jikalau 10 tahun dahulu rumah teres 2
tingkat boleh dapat RM300K dengan downpayment 10%. Sekarang rumah yang
sama harga dalam sekitar RM600K atau lebih, 0 downpayment mampu beli???
- Anak Chua Soi Lek merangkap merangkap Timbalan Menteri Kewangan mengatakan harag rumah naik RM30,000 setahun. 10 Tahun?
- 10 tahun lagi berapa harga rumah pada masa itu?
- Masih lagi mahu perjuangkan masalah deposit harga rumah?
- Sedangkan masalah akar umbi tidak ditangani dengan segera?
Bagi Berita Semasa sendiri, masalah ini
tidak lama lagi akan menjadi terlalu kronik…apabila majoriti generasi
akan datang 70-90% daripada populasi jumlah penduduk tidak mampu nak
beli rumah langsung…
P/S : Usahlah mengajar rakyat berhutang
banyak-banyak. Patutnya membantu mengurangkan dan mengawal harga rumah
ada di Malaysia. Rakyat Malaysia sudah berikan kuasa, gunakan kuasa itu
dengan sebaiknya sebelum ditarik balik.
Peluang SAYA Kongsi
"MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Anda melakukan
tugasan hanya 10% selebihnya di lakukan oleh system . Pendapatan RM 1,800 dalam
masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 /
013 9116 568 atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK Baner dibawah :-
No comments:
Post a Comment