Thursday, 25 June 2015

Cukai Jualan Topup 6% Mansuh Tapi Rakyat Malaysia Tetap Kena GST 6% (Panggilan dan SMS)?


Isu Topup GST : Cukai Jualan Topup 6% Terhadap Telco Maxis, U Mobie, Maxis, Digi, Celcom Mansuh Tapi Rakyat Malaysia Tetap Kena GST 6% (Panggilan dan SMS)? : Isu Topup GST pun mengambil masa yang lama untuk diselesaikan demi rakyat. Persoalannya sekarang menteri sedang bela siapa? Rakyat Malaysia atau taikun telekomunikasi Malaysia?



Sehingga bertukar orang untuk diselesaikan. Selepas lebih sebulan rakyat marhaen menunggu apa yang menteri mampu perjuangkan untuk rakyat marhaen di bawah disebalik isu topup GST, akhirnya hasilnya seperti di bawah ini :
  • GST tetap dikenakan kepada rakyat marhaen, tetapi bukan pada pembelian kad topop prabayar
  • GST akan dikenakan pada anda untuk setiap panggilan dan sms yang dimasukkan untuk dikenakan cukai GST kepada anda. Bijak bukan Menteri mencari penyelesaian? Ermm…..
  • Akhirnya Pi Mai Pimai Tang Tu juga. Kasihan rakyat Malaysia.
  • Cuma dahulu terang-terangan, cukai topup GST dikenakan terhadap anda tetapi kali ini secara tersirat pula supaya penguna seperti anda tidak perasan. Hebat bukan permainan mereka
  • Pendek kata cukai GST masih lagi ada untuk dikenakan terhadap anda dalam caj telekomunikasi cuma telbih terselindung
  • Apabila rakyat dengar hanya bayar RM10 dapat RM10, ramai yang lega sedangkan sesuatu sangat. Dengan harapan anda akan terlepas pandang dengan hidden kos yang ada. Ermmmm…
  • Tetapi sudah menteri kata, “win-win situation”. Iyakan sahaja
  • Tetapi hakikatnya rakyat semakin celik hari ini, tidak semudah itu akal fikiran mereka ditunjal-tunjal mengikut renrak permainan mereka

Isu Topup GST : Telco Vs Rakyat Malaysia? Siapa Yang Untung?

  • Jikalau sebelum ini sales tax 6% telco masih untung dengan menjual topu (kad prabayar) pada harga RM10.00 dan anda akan dapat kredit RM10.00
  • Sekarang sales tax sudah tiada dan digantikan dengan topup GST (kad prabayar)
    GST tidak dikenakan kepada telco..sebaliknya pada pengguna menurut penggunaan mereka
  • Maka yang untung adalah? Telco..ya tepat sekali. Sebab dapat tambah 6% lagi keuntungan disebalik pemansuhan cukai sales tax
  • Dan untung pada kerajaan sebab dapat kutip 6% dari pengguna..
  • Jadi kepada pengguna apa yang untungnya?
Diharapkan menteri tampil membeli nasib rakyat, rupanya akhirnya terus tunduk kepada taikun telkomunikasi negara. Perkara seperti isu topup GST (kad prabayar) ini pun berbulan-bulan untuk diselesaikan yang hanya melibatkan beberapa syarikat telekomunikasi sahaja. Itu pun masih lagi mencanang harga barang lain tidak naik harga, malah ada yang turun kata menteri disebalik pelaksanaan cukai GST yang melibatkan ribuan syarikat dan juga melibatkan berlapis-lapis peniaga sebelum sampai ke pengguna seperti anda di sini.

Kata menteri seperti laporan berita yang Berita Semasa lampirkan di bawah ini, Walaupun lebih kos dikenakan, faedahnya akan dikembalikan kepada rakyat melalui penambahbaikan kualiti perkhidmatan telekomunikasi. Berita Semasa hanya mampu tersenyum membacanya.

P/S : “Apa guna murah tetapi panggilan putus tidak ada 3G tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp,” katanya. (Rujuk gambar di bawah). Seriously ini kenyataan daripada seorang menteri? Ermmm….

Peluang SAYA Kongsi "MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Anda melakukan tugasan hanya 10% selebihnya di lakukan oleh system . Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 / 013 9116 568  atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK banner di bawah :-
 

No comments: