Hutang Negara Malaysia 2015 63.8% (RM847.9 bilion) Daripada GDP. Amaran Tengku Razaleigh (KU LI) Kepada Kerajaan Malaysia! : Sesuatu perlu diperbetulkan dengan segera. Jikalau semak semula hutang isi rumah di Malaysia bukanlah tinggi biasa, sangat tinggi iaitu pada kadar 87.4% pada tahun 2015yang mana telah diangkat sebagai sebuah negara yang mempunyai hutang isi rumah yang paling tinggi di Asia.
Negara maju seperti Korea Selatan, Singapura, Jepun pun “kalah dengan Malaysia“.
Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk lebih 200 juta pun kalah
dengan negara membangun seperti Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk
seramai 29.8 juta orang sahaja.
Jikalau sebelum Berita Semasa pernah
mengeluarkan laporan Berita pada tahun 2014 seperti di bawah ini
mengenai keadaan dan situasi hutang isi rumah di Malaysia, jumlahnya
terus meningkat pada ketika ini.
Hutang Negara Malaysia Terkini 2015 Terus Naik!
Semakan Berita Semasa menunjukkan data
dan statitik yang dikeluarkan sendiri oleh The Economist melalui
Economist Intelligence Unit yang berpangkalan di North Michigan Avenue,
Chicago, Amerika Syarikat menunjukkan hutang negara Malaysia 2015 terus
menunjukkan trend kenaikan sehingga meninggalkan terus negara jiran kita
seperti Thailand dan juga Indonesia daripada kadar jumlah hutang
kerajaan Malaysia iaitu di paras RM847,978,546,769.32 bersamaan RM847.9
bilion.
Dan bekas Timbalan Perdana Menteri,
Menteri Kewangan dan juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh
Hamzah bangkit di Dewan Rakyat baru-baru ini menyuarakan kembimbangan
dan amaran kepada kerajaan Malaysia apabila melihatkan situasi hutang
negara Malaysia yang berada paras yang menyebabkan krisis ekonomi dan
politik pada masa yang akan datang.
Hutang negara Malaysia, hutang rakyat
juga. Semakin tinggi hutang negara Malaysia, maknanya semakin
terbebanlah rakyat Malaysia di masa akan datang untung menangggung.
P/S : Dikala ekonomi negara Malaysia
tidak menentu, berjimat cermatlah ketika berbelanja dan menguruskan dana
awam. Berbelanja berdasarkan kemampuan sendiri bagi negara membangun
seperti Malaysia.
PP/S : Ketika rakyat marhaen disaran
perlu berjimat dan mengikat perut bila perlu, kerajaan Malaysia pun
sepatutnya menunjukkan tauladan dan contoh yang terbaik kepada yang di
bawah.
sumber dipetik: http://www.beritasemasa.com.my/hutang-negara-malaysia-2015-gdp-kerajaan
Peluang SAYA Kongsi
"MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Anda melakukan
tugasan hanya 10% selebihnya di lakukan oleh system . Pendapatan RM 1,800 dalam
masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 /
013 9116 568 atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau klik BANNER di bawah :-
No comments:
Post a Comment