Zuraidah menunjukkan bukti mendakwa dia menang hadiah utama berupa wang tunai RM150,000.
Sebaliknya, wanita tersebut, Zuraidah Hasim, 31, rugi
kira-kira RM500 apabila syarikat tersebut memintanya untuk membeli pelbagai
barangan sebagai syarat untuk mendapatkan wang tunai RM150,000.
Menurutnya, pada mulanya dia memasuki peraduan silang kata
dianjurkan oleh syarikat itu yang tersiar di dalam sebuah majalah secara
suka-suka dan turut menghantar penyertaan itu.
"Tidak lama kemudian, dia mendapat surat daripada
syarikat yang sama dan mendakwa dia memenangi hadiah wang tunai RM150,000.
Namun begitu, syarikat itu menetapkan syarat sekiranya saya mahu mengambil
hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM150,000, saya perlu membeli barang
perkakas dapur.
“Pada mulanya saya ragu-ragu lalu saya menghubungi syarikat
tersebut dan mereka mengesahkan saya menang hadiah utama dan memujuk saya untuk
membeli barangan sebagai syarat saya mendapat hadiah tersebut,” katanya ketika
ditemui di Kampung Lubuk Keli, semalam.
Zuraidah berkata, dia juga mendapat surat mengatakan dia
perlu hadir untuk menerima hadiah tersebut, namun disebabkan kekangan masa dan
wang dia tidak dapat hadir bagi menerima wang tersebut serta meminta pihak
syarikat untuk memasukan wang tersebut ke dalam akaun bank.
"Setelah beberapa minggu kemudian, barang perkakas
dapur diterima namun begitu, hadiah utama yang dikatakan oleh syarikat itu sehingga
kini masih belum terima.
"Saya juga turut bertanyakan hal tersebut kepada
syarikat itu, namun pelbagai alasan diberikan setiap kali diutarakan kepada
wakil syarikat itu," katanya.
Katanya, dia berhasrat mahu membelanjakan ahli keluarga
sempena Syawal selain membaiki rumah pusaka arwah ibu mertua sekiranya
memenangi wang itu.
“Laporan polis akan dibuat tidak lama lagi selain membuat
aduan kepada tribunal pengguna atas tindakan syarikat tersebut,” katanya.
No comments:
Post a Comment