oleh Fardy Bungga
sumber : http://www.hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Nyawa tinggal 40 hari
lagi untuk hidup. Itu antara helah tagih simpati digunakan seorang ‘kasanova
online’ untuk menipu puluhan gadis atau wanita tempatan.
Suspek yang mendakwa menghidap kaser
tahap empat itu berjaya meyakinkan mangsa dengan hanya berbekalkan cerita sedih
digarap umpama novel air mata.
Taktik kisah sedih palsu itu bukan
hanya membuatkan wanita sanggup menghabiskan ribuan ringgit malah ada antaranya
hampir membunuh diri apabila menyedari ditipu.
Seorang mangsa yang hanya mahu
dikenali sebagai Yi, 32, berkata, dia sudah berhabis kira-kira RM70,000 untuk
suspek mendakwa berasal dari Taiwan yang dikenali menerusi laman sosial di
Internet sejak Januari lalu.
Katanya, selain bijak menggunakan
ayat-ayat cinta sehingga ‘mencairkan’ hatinya, suspek turut menggunakan alasan
kononnya sedang bertarung nyawa melawan penyakit maut dihidapi.
No comments:
Post a Comment