Sunday 19 July 2015

Wujud komplot menjatuhkan Najib

Polis Thailand telah menangkap Justo (duduk kiri) di Bangkok baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Satu video yang mendedahkan komplot beberapa pemimpin pembangkang dan pengendali laman web Sarawak Report bagi memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserahkan kepada polis Rabu lalu.

Video pengakuan bekas editor Sarawak Report yang diserahkan seorang warga tempatan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya itu antara lain mendakwa wujud niat jahat oleh pihak berkepentingan untuk melunaskan sebuah misi bergelar ‘Mission to criminalise Datuk Seri Najib Tun Razak and 1MDB’.

Ketika mendedahkan perkara itu, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar kecil) berkata, kandungan laporan itu telah dimaklumkan kepada beliau oleh pengadu berkenaan selepas dia membuat laporan polis pagi Rabu lalu.

Menurutnya, laporan polis itu mendakwa, Claire Rewcastle Brown yang merupakan pengendali Sarawak Report telah melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Najib dan isu yang berkait rapat de­ngan 1MDB.

“Saya difahamkan pengadu turut mengemukakan sebuah video membabitkan penga-kuan bekas editor itu yang terlibat secara langsung dalam perbuatan memalsukan fakta, penerbitan dan penyebaran fakta palsu di laman web Sarawak Report.

“Individu yang membuat pengakuan itu turut menyebut beberapa nama pemimpin pembangkang terlibat bekerjasama dengan Claire Brown,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Rahman yang juga Menteri Kese-jahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, beliau meminta polis melakukan siasatan segera dan profesional kerana tuduhan seperti dipaparkan dalam video berkenaan sa­ngat berat dan substantif.

sumber : http://www.kosmo.com.my/

No comments: