Wednesday 14 October 2015

Bank Negara Arahkan 1MDB Bawa Pulang US$1.83 Bilion Ke Malaysia. BNM Sudah Siasat, Tetapi Tiada Pendakwaan!



1MDB sekarang ini ibarat kain putih yang sesuci seperti bayi yang baru lahir di muka bumi ini.

Mungkin inilah perumpaan yang sesuai bagi 1MDB walaupun dicampak pelbagai dakwaan yang cukup dasyat bukan sahaja daripada tokoh dari Malaysia malah dari luar negara juga melihatkan kenyataan terbaru daripada Peguam Negara yang tiada kesalahan yang dibuat 1MDB setakat. Hebat….. 

Terbaru selepas Jabatan Peguam Negara menuding jari kepada Bank Negara Malaysia, Bank Negara nampaknya membalas kenyataan tersebut berdasarkan petikan yang ringkas, berhati-hati tetapi cukup bijak.

Jikalau diperhatikan dan diteliti kenyataan Bank Negara Malaysia BNM, ia mendedahkan pelantikan Peguam Negara terbaru ini menggantikan Tan Sri Ghani Patail secara mengejut seperti “baru jatuh dari langit, baru tahu apa sebenarnya yang berlaku” 

Baca sahaja kenyataan ini :

“under the Federal Constitution, the decision to initiate criminal prosecution lies solely with the Attorney General.” 

Sudah diberikan kuasa berdasarkan Perlembagaan negara untuk Peguam negara melakukan pendakwaan jenayah selepas Bank negara Malaysia menjalankan siasatannya dengan profesional dan cukup teliti.

Nah…sekarang apa yang berlaku? Tiada pendakwaan. 

KLIK SINI : Pelaburan 1MDB Catat Kerugian RM668.55 Juta. Tanggung Hutang RM41 Bilion. Mahathir Tempelak, 1MDB Bazirkan Wang Negara!

Bank Negara : 1MDB Bawa Pulang US$1.83 bilion!

  1. Bank Negara mempunyai tenaga pakar teknikal dalam peraturan pembankan, peraturan kewangan, pematuhan atau pelanggaran terhadapnya
  2. Bank negara lebih tahu apa yang mereka lakukan
  3. Bank Negara telah membuat kesimpulan bahawa kebenaran yang diperlukan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 untuk tujuan pelaburan yang dilakukan oleh 1MDB di luar negara telah diperolehi berdasarkan maklumat yang tidak tepat
  4. Bank Negara telah mengesyorkan tuduhan jenayahb di mahkamah terhadap 1MDB
  5. Bank Negara juga telah batalkan 3 kebenaran yang diberikan 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) di luar negara sejumlah US$1.83 bilion dan juga mengarahkan 1MDB bawa pulang segara US$1.83 bilion ke Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
  6. Sehingga ke hari ini 1MDb tidak bawa pulang duit tersebut.

Peguam Negara Bekas Bendahari UMNO Kelantan?

 

P/S : Jikalau diberikan pilihan, antara kenyataan mana yang lebih dipercayai Berita Semasa lebih lebih senang untuk menerimanya daripada Gabenor Bank Negara berbanding, Perdana Menteri Malaysia dan Peguam Negara.

sumber : beritasemasa.com.my

No comments: