Ditambah pula, pendapatan dan gaji rakyat
Malaysia masih lagi suam-suam kuku sahaja, tiada banyak perubahan dibandingkan
lonjakan kos sara hidup di Malaysia.
Walaubagaimanapun menjelang pembentangan Bajet 2016 Malaysia
kali ini, Datuk Seri Najib Razak telah memberikan bayangan dalam intipati
Belanjawan kali ini akan memfokuskan kepada kelompok dan kumpulan 40 peratus
terendah B40. Apa maksudnya B40 ini?
i. RM2,300
sebulan – berpendapatan rendah, 40 peratus daripada penduduk Malaysia
ii.
RM7,000 sebulan – berpendapatan sederhana, 40 peratus daripada penduduk
Malaysia
Makna kata Bajet 2016 kali ini akan memfokuskan
kalangan yang gaji dan pendapatan di Malaysia pada kadar RM2300. Malangnya
apabila difikirkan semula bebanan dirasai rakyat marhaen cukup berat pada
ketika ini :
- Tol naik
- Tambang LRT, Monorel, Bas Rapid bakal naik lagi
- Cukai pendapatan masih lagi tinggi
- GST 6 peratus ambil lagi dari rakyat Malaysia
Dahulu kata mahu bina hospital dengan duit GST.
Sekarang kata nak guna bayaran pampasan tol untuk bina hospital lagi? Yang mana
satu sebenarnya?
Bajet 2016 Gaji : Kenaikan Caj dan Harga VS Kos Sara Hidup?
- GST bakal kutip RM23.7 bilion menjelang hujung tahun ini, kata Kastam
- Hapus subsidi rakyat Malaysia jimat sekitar
- Hapus sabsidi rakyat marhean jimat sekurang-kurangnya RM10 bilion
- Tetapi kerajaan masih lagi bercerita dengan kesusahan dan keperitan mereka bina hospital untuk rakyat Malaysia?
Kemudian pada Jumaat hadapan pada 23 Oktober
2015, dikatakan pada pembentangan Bajet 2016 mahu tekankan tentang kos sara
hidup di Malaysia dan juga kalangan yang gaji dan pendaparan di Malaysia
RM2,300 dan ke bawah.
Mahu fokus kos sara hidup di Malaysia selepas
umumkan kenaikan yang pelbagai? Adakah rakyat Malaysia sebenarnya hanya akan
dibelai dan disayangi pada ketika hari pengundian?
P/S : Adakah hadiah dan pelbagai berita menarik
untuk rakyat Malaysia hanya diumumkan pada tahun 2018 sahaja ataupun 5 tahun
sekali?
sumber : beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment