Tuesday, 13 October 2015

Kadar tol terbaharu “TERIMA KASIH,” Kerajaan.



"TERIMA kasih kerajaan," itu antara respons seorang pelayar laman sosial Facebook selepas kadar bayaran tol di beberapa lebuhraya diumum akan dinaikkan mulai Khamis ini. 

Seorang pelayar lain pula menyifatkan ia sebagai satu peluang yang baik untuk rakyat 'bersedekah' kepada kerajaan. 

"Aku memang suka tol naik. Nak sedekah banyak-banyak kat kerajaan," kata Haris berjenaka. 

Tinjauan Sinar Online di laman sosial mendapati majoriti netizen tidak berpuas hati selepas berita kenaikan kadar tol dilaporkan hari ini. 

"GST, tol, denda IC hilang RM1,000, nanti tambang pengangkutan awam, tahun depan elektrik pula. Harga rumah yang tak masuk akal, harga kereta yang tak turun seperti dijanjikan," luah Kamal di Facebook. 

"Tiada usaha untuk meringankan beban rakyat langsung. Semua berita yang menambahkan lagi beban rakyat," kata Shahril di laman sosial sama. 

Di laman mikro Twitter, majoriti pelayar juga meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap berita tersebut. "Nampaknya kos perjalanan pergi balik aku dari rumah ke UIA akan bertambah lagi seringgit sebab tol Duke naik," kata St-Pierre. 

"Harga tol naik lagi, darah aku pun dah naik jugak ni," kata Ain. 

Seorang pengguna twitter, Rosniza mengutarakan persoalan yang menarik. 

"Tol naik harga ni dapat kurangkan (trafik) jamm ke?" tulisnya.

sumber : sinarharian.com.my/

No comments: