Wednesday 14 October 2015

Pistol tiruan online


Azman (tengah) menunjukkan pistol tiruan yang dirampas

Oleh Ibrahim Isa 

Muar: Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan kerana memiliki pistol tiruan buatan Taiwan serta satu kelopak peluru dalam operasi di rumah kedai di Kampung Bukit Pasir, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 5.50 petang, lelaki yang disyaki penagih dadah ditahan selepas dikesan memiliki senjata tiruan oleh sepasukan anggota Balai Polis Pagoh. 

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, lelaki itu ditahan selepas anggotanya menerima maklumat sebelum melakukan intipan dan serbuan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di premis itu, pihaknya menemui satu beg sandang disyaki milik suspek yang mengandungi pistol berkenaan. 

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui satu balang plastik mengandungi biji besi berwarna perak dan satu bekas plastik mengandungi biji plastik warna putih,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, semalam.

sumber : hmetro.com.my/

No comments: