DARIPADA seorang wanita yang langsung tidak yakin untuk
mengambil gambar selfie, kini Lin sudah yakin untuk melakukannya selepas
berjaya melalui satu transformasi wajah ekstrem.
Lin atau atau nama sebenarnya Wongtawan Lin Panuprateep merupakan
peserta pertama program Let Me In Thailand yang telah menerbangkan Lin
ke negara yang terkenal dengan pembedahan plastik, Korea Selatan bagi
melakukan perubahan besar terhadap wajahnya.
Dalam program itu Lin, 23, menceritakan pengalaman hidupnya terpaksa
berhenti belajar di sebuah universiti kerana keluarga tidak mampu untuk
menampung yuran pengajiannya.
Selepas itu dia cuba mencari pekerjaan namun disebabkan wajahnya, dia
langsung tidak diberikan sebarang peluang oleh pihak majikan.
“Saya mahu mencari pekerjaan yang bagus sebab saya mahu berikan
kehidupan lebih baik buat ibu saya,” ujarnya yang berusaha untuk
mengubah diri selepas melalui beberapa kegagalan dalam mendapatkan
pekerjaan.
Selepas terpilih menjadi peserta rancangan tersebut, Lin menjalani
pembedahan plastik di bahagian muka dengan doktor pakar yang mengatakan,
bahagian rahang merupakan cabaran terbesar buat mereka dalam operasi
tersebut.
Pembedahan itu melibatkan penstrukturan semula gigi, rahang, mata dan
hidung selain penggunaan botox hingga hasil akhirnya
menampilkan perubahan 100 peratus ke atas wajah Lin menjadi seorang
wanita yang baharu.
“Saya menyukai wajah ini. Saya rasa sangat gembira, ini merupakan
peluang terbaik pernah diberikan kepada saya dalam seumur hidup,”
ujarnya.
Let Me In Thailand merupakan sebuah program realiti yang diceduk konsepnya menerusi rancangan yang sama terbitan Korea Selatan.
Episod pertamanya mula bersiaran pada Januari lalu. – mynewshub.cc/
No comments:
Post a Comment