SEKUJUR mayat seorang lelaki yang telah reput ditemui
terdampar di pantai Pantai Batu Payung, Seberang Pintasan di sini oleh
seorang pemancing kira-kira jam 11 pagi tadi.
Mayat berkenaan ditemui dalam keadaan sudah hancur di bahagian lutut ke
perut dan berbau tanpa sebarang pengenalan diri oleh pemancing berkenaan
yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai telah meninggal sejak
seminggu lalu sebelum dihanyutkan ombak dan terdampar di pantai
berkenaan.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata hasil
siasatan awal mendapati mayat berkenaan adalah rakyat tempatan
berdasarkan terdapat kesan suntikan BCG pada bahu mangsa.
“Kita percaya mayat tanpa pakaian itu dihanyutkan arus
sebelum terdampar di pantai berkenaan. Pihak kami juga terpaksa meminta
bantuan Jabatan Pertahan Awam (JPAM) untuk membawa mayat tersebut ke
darat menggunakan bot,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Menurutnya mayat berkenaan dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat. – mynewshub.cc/
No comments:
Post a Comment