Sunday 10 April 2016

Video: Ngerinya, Camana Ikan Boleh Masuk Dalam Mulut?


VIDEO memaparkan doktor dan kakitangan perubatan sedang mengeluarkan seekor ikan dari mulut seorang lelaki kini tersebar di media sosial.

Dalam rakaman berkenaan lelaki tersebut dapat dilihat menahan kesakitan yang amat sangat ketika ikan yang masih hidup itu, dikeluarkan dari mulutnya menggunakan sejenis penyepit.

Selepas susah payah mencuba akhirnya ikan berkenaan berjaya dikeluarkan dalam keadaan masih bergerak-gerak sementara mulut pesakit dipenuhi darah.

Rata-rata komen menyatakan ianya ikan puyu meskipun di awal video kedengaran suara menyebut ikan talapia.

Punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan walaupun ada yang memberi komen ikan berkenaan melompat ke dalam mulut mangsa, selain ada juga mendakwa ianya berlaku ketika lelaki ini sedang berlawak mahu masukkan ikan ke dalam mulut namun ianya benar-benar terlepas.

Walau apa pun, moralnya kat sini adalah ikan bukan sejenis binatang seperti kucing yang boleh dibawa bergurau atau selfie bersama. –mynewshub.cc/


No comments: