SEBUAH akaun Facebook menjadi sensasi dan hangat
diperkatakan di Filipina, apabila seorang gadis cantik yang telah
meninggal dunia dikatakan meminta bantuan orang ramai
mencari pembunuhnya menerusi laman sosial tersebut.
Akaun Facebook ‘Justice for Jhoy Mercado – Edgel Durolfo’ itu, sering
memuat naik status mahukan pembunuh yang masih bebas di luar
sana, ditangkap.
Gambar selfie mangsa Edgel Durolfo bersama teman lelakinya, Rodney
Ynchausti juga banyak dimuat naik admin page Facebook tersebut,
seolah-olah menuduh dialah pembunuhnya.
Apa yang mencetuskan kontroversi, admin page tersebut tidak dikenali
dan gambar serta cerita yang dikongsi membuatkan ada yang menuduh ianya
dibuat oleh roh mendiang.
Bagaimanapun, ramai percaya page Facebook itu dibuat oleh individu
lain yang berniat menakut-nakutkan pembunuh dan mahukan keadilan buat
Durolfo.
Durolfo dilaporkan dihantar ke hospital oleh teman lelakinya sendiri
dalam keadaan cedera di muka dan badan dipercayai teruk dipukul, sebelum
meninggal dunia.
Selepas kejadian teman lelakinya lesap tanpa khabar berita dan pihak polis dilaporkan sedang berusaha mencarinya. –mynewshub.cc/
No comments:
Post a Comment