Sunday, 23 April 2017

Kos sara hidup terendah – PM

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

KUALA LUMPUR, 21 April - Kos sara hidup di Malaysia adalah yang terendah dalam kalangan negara-negara ASEAN mengikut kaji selidik kos sara hidup di seluruh dunia 2017 oleh Economist Intelligence Unit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia hasil daripada pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam me­ngurangkan beban kos sara hidup rakyat di negara ini.

Kaji selidik oleh Economist Intelligence Unit itu memban­dingkan harga barang dan per­khidmatan di 133 bandar raya seluruh dunia.

“Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa pengiktirafan tersebut tidak bermakna usaha kita meringankan bebanan kos sara hidup sudah selesai,” katanya menerusi catatan blog najibrazak.com bertajuk Ucapan Perdana Menteri Mengenai Taraf Hidup Rakyat.

Beliau berkata, isu kos sara hidup menjadi keutamaan kerajaan dalam usaha membawa Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi.

“Banyak usaha yang telah kita lakukan bagi memastikan rakyat kurang dibebani kos sara hidup.

Antaranya, kawalan harga oleh pihak berkuasa, pembahagian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), usaha perangi orang tengah dan sebagainya,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pendapatan rak­yat dengan melaksanakan pelbagai program latihan dan pendidikan menerusi Tekun Nasional, Tranformasi Kedai Runcit (Tukar), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Skim Permulaan Ekonomi Bumiputera (Superb), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Dana Usahawan Muda, e-Reseki dan Dana Mudahcara.

Dari segi pengawalan kos pula, Najib berkata, kerajaan akan meneruskan program seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia), Klinik 1Malaysia dan Baucar Buku 1Malaysia.

“Saya benar-benar mengharap program-program ini dapat me­ningkatkan taraf hidup rakyat kerana perkara inilah yang saya usa­hakan pada setiap hari sebagai perdana menteri,” katanya. – BERNAMA

sumber : utusan.com.my/