KUALA LUMPUR - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia telah
memuji Malaysia berikutan perancangan ekonomi strategik yang sangat amat baik
dan dalam menguruskan perancangan ekonomi jangka pendek dan panjang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata,
beliau gembira kerana Malaysia telah disebut sebagai antara negara terbaik
dalam perancangan ekonomi dan seiring dengan negara Pertubuhan Kerjasama dan
Pembangunan Ekonomi (OECD).
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel
Panduan Pembangunan Lestari Antarabangsa di Universiti Sunway di sini, hari
ini.
Majlis itu turut dihadiri rakan sejawatnya dari Laos, Filipina dan
Indonesia.
Dalam ucapannya sebelum itu, Abdul Rahman mengulangi kenyataan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang Malaysia berada di landasan yang betul
ke arah mencapai agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) global 2015-2030.
"Kita komited untuk menggandakan pendapatan purata isi rumah
B40 daripada US$700 (RM3,066) pada 2014 kepada US$1,500 (RM6,570) dan
meningkatkan pembabitan wanita dalam tenaga kerja kepada 59 peratus pada
2020," katanya.
SDG ialah pelan transformasi global yang diguna pakai oleh negara
di seluruh dunia yang berusaha menghapus kemiskinan, melindungi planet dan
mencapai kemakmuran melalui 17 matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh 15
tahun akan datang.
"Agenda global 2030 untuk pembangunan lestari sudah pun menjadi
sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-11 dengan sebahagian aspek sudah
dilaksana sebelumnya," kata beliau. – Bernama
sumber : sinarharian.com.my
1 comment:
golden goose
goyard handbag
steph curry shoes
curry 7
yeezy
goyard bags
off white outlet
bape hoodie
kyrie 9
jordan shoes
Post a Comment