Tuesday 16 May 2017

Chicken chop RM3.90 tarik perhatian

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. SEMAK KELAYAKAN “PERCUMA”. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. LAYAK MEMOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

CHIKEN chop merupakan hidangan yang sangat digemari semua golongan. Bagaimanapun harganya yang mahal menjadi halangan kepada mereka berpendapatan rendah untuk menikmatinya.

Menyedari situasi itu, sepasang suami isteri dari Kuala Kedah, menawarkan chicken chop murah supaya ia boleh dinikmati semua lapisan masyarakat.

Menurut Husniyah Husin, 31, dia dan suaminya, Ahmad Shukran Zakaria, 44, memperkenalkan chicken chop RM3.90 berbanding RM10.00 di restoran sekitar Alor Setar, Kedah.

“Kami simpati juga dengan ibu bapa yang berpendatan rendah dan ada ramai anak tetapi tak dapat menikmati chicke,n chop itu. Dengan tawaran harga mampu beli daripada kami, kini semua lapisan masyarakat boleh menikmatinya.

“Ia juga usaha kami buat jualan amal kepada masyarakat berpendapatan rendah,” katanya.

Menurut Husniyah, pada mulanya mereka bimbang juga jika usaha itu tidak mendapat sambutan tetapi semasa hari pertama lagi jualan sungguh mengejutkan.

“Semasa  membukanya di Taman Pelangi, Jalan Kuala Kedah, sambutannya menggalakkan dan pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ini menunjukkan chicken chop kami berjaya tambat hati penggemar makanan Barat itu,” katanya.

Walaupun harga murah tetapi saiz ayamnya tetap sama dan ini menyebabkan chicken chop mereka mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Kami guna bahagian dada ayam dan tidak seperti paha yang selalu digunakan. Tapi rasanya tidak terjejas apatah lagi disalut dengan rempah ratus yang tersendiri terutama sos lada hitam,” katanya yang sudah mengusahakan dua tahun lalu.

Pasangan suami isteri ini meluaskan lagi perniagaan mereka dengan cawangan di Batu 6, Jalan Alor Setar ke Sungai Petani.

Husniyah berkata, di situ sambutan juga sungguh menggalakkan dan pelanggan daripada pelbagai kaum, malah ada yang datang dari jauh semata-mata mahu menikmati chicken chop murah.

“Alhamdulillah, kami tak sangka sambutan di sini sangat baik dan harap jadi semangat untuk kami majukan perniagaan makanan ini. Kini kami kenalkan menu baru, chicken chop wrap RM5.50.

“Orang ramai bolehlah datang untuk rasa menu baru ini. Kedai kami beroperasi setiap hari dari jam  5 petang hingga 12 tengah malam dan tutup hari Selasa,” katanya.

sumber : sinarharian.com.my

No comments: