Monday 15 May 2017

Lima usahawan Terengganu menang geran perniagaan RBC 2016

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. SEMAK KELAYAKAN “PERCUMA”. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. LAYAK MEMOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

KUALA TERENGGANU 14 Mei -Lima usahawan dari negeri ini telah memenangi Rural Business Challenge (RBC) 2016 anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diumumkan di Kuantan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi & Kepenggunaan Nawi Mohamad menyifatkan pencapaian dalam RBC kali kelima ini amat membanggakan dan usaha untuk melonjakkan bilangan yang berjaya akan terus dipertingkatkan.

Katanya, seramai 77 usahawan dari seluruh negara  dipilih sebagai pemenang, dan mereka  termasuklah Nor Ardilan Syah Abdullah,usahawan di kilang bimbingan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di Bukit Khor Marang.

"Beliau daripada Syarikat Dlan Group Sdn.Bhd yang menjalankan perniagaan pemprosesan kitar semula sabut kelapa memenangi Kategori RBC Cemerlang dengan menerima geran perniagaan RM900,000," ujar Nawi di sini hari ini.

RBC merupakan program yang memberi peluang kepada belia Malaysia menterjemahkan minat dan memperlihatkan kesungguhan untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan atau sumber pendapatan.

Penganjuran RBC 2016 yang disertai 1,263 usahawan belia  masih mengekalkan mekanisme penilaian  rancangan perniagaan di  luar bandar yang berdaya maju, berdaya saing dan mampu berdaya tahan.

Pengusaha projek pelancongan desa, Mohammad Syaifullah Che Ghani dari Syarikat CG Kembang Maju Enterprise, Kemaman pula memenangi kategori RBC Jaya yang memperoleh hadiah geran perniagaan RM750,000.

Sementara itu tiga lagi pemenang RBC Kategori RBC Harapan termasuklah Zuhrah Nadakkavil Alassan  yang mengusahakan perniagaan Spa iaitu Sutra Spa di Kemaman (geran perniagaan RM100,000).

Juga Salfuan Sani Abdullah dari syarikat Safuan Sani Abdullah yang mengusahakan rumah bot di Tasik Kenyir ((geran perniagaan RM100,000), dan Hairil Azhar Razali dari Anugerah Intergriti Resources Sdn. Bhd. pemenang kluster industri (geran perniagaan RM200,000).

"Kejayaan lima usahawan ini mampu menjadi inspirasi kepada usahawan belia lain untuk menyertai Pertandingan RBC 2017,"ujar Nawi yang juga Pengerusi Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT).

Katanya, usaha agensi di bawah MSPUT telah membantu kepada  kejayaan lina usahawan ini memenangi RBC 2016, dan MSPUT akan mengambil langkah memperbanyakkan bengkel penyediaan menyediakan Rancangan Perniagaan untuk pertandingan RBC 2017.-UTUSAN ONLINE

No comments: