Thursday 18 May 2017

Polis temui RM645,000 dari sembilan suspek

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. SEMAK KELAYAKAN “PERCUMA”. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. LAYAK MEMOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui wang tunai berjumlah RM186,000 dan RM459,000 dalam akaun bank milik kesemua suspek yang ditahan.

Penemuan dipercayai susulan siasaan penahanan sembilan individu termasuk enam pegawai polis berhubung siasatan kes rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka awal pagi ini.

Wang tunai tersebut ditemui di rumah beberapa suspek dan dipercayai berpunca daripada tauke-tauke judi haram.

Sumber berkata, pegawai-pegawai polis tersebut terdiri daripada dua ketua polis daerah di Melaka, dua daripada Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka, masing-masing seorang pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah dan Jasin.

Kesemua suspek yang berusia antara 31 hingga 54 tahun itu kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Muhamad Safuan Azhar di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Difahamkan, pegawai polis terbabit meminta wang rasuah daripada pengusaha-pengusaha pusat judi dan rumah urut haram di sekitar Melaka, malah turut memaksa pengusaha berkenaan membayar wang perlindungan kepada mereka.

Sementara suspek orang awam bertindak sebagai orang tengah bagi melicinkan proses pengutipan wang rasuah yang dibayar sebagai wang perlindu­ngan bagi melindungi kegiatan-kegiatan haram yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut dan enggan mengulas lanjut berhubung perkembangan siasatan kes tersebut.

sumber : sinarharian.com.my

No comments: