Wednesday 17 May 2017

Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. SEMAK KELAYAKAN “PERCUMA”. CTOS, CCRIS dan BLACK LIST. LAYAK MEMOHON. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

RINGGIT meningkat berbanding dolar AS$ hari ini berikutan permintaan yang berterusan.

Pada 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.3200/3230 berbanding dolar AS$ daripada 4.3250/3300 yang dicatatkan pada hari Isnin.

Menurut seorang peniaga, mata wang tempatan itu menokok selepas dolar AS$ menerima kesan akibat tekanan dalam politik Amerika Syarikat (AS) serta keraguan ke atas kenaikan kadar faedah negara itu.

"Kelemahan terbaharu dolar AS$ membabitkan sebahagian besarnya disebabkan oleh kebimbangan terhadap laporan bahawa Presiden Donald Trump telah mendedahkan maklumat rahsia ke Rusia.

"Ini membangkitkan kebimbangan bahawa kemungkinan Trump tidak akan berkuasa lama bagi melaksanakan pembaharuan cukai beliau, atau bagi menjayakan program rangsangan ekonomi beliau," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0903/0929 daripada 3.0913/0953 yang direkodkan semalam, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8038/8075 daripada 3.8126/8173, dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.5659/5706 daripada 5.5901/5983.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu merosot berbanding euro kepada 4.7706/7756 daripada 4.7372/7439. –Bernama

sumber : sinarharian.com.my