Monday, 4 November 2013

Skim Pembiayaan Mikro masih berbaki RM19 juta, kata Ahmad Bashah

Skim Pembiayaan Mikro yang diperkenalkan Januari lepas dengan peruntukan RM100 juta sudah diagih kepada 18,861 penjaja dan peniaga kecil dengan pinjaman keseluruhan berjumlah RM81 juta.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (gambar) berkata kerajaan yakin baki RM19 juta itu dapat diagih sebelum akhir tahun ini.

"Sejak Januari hingga 24 Oktober lepas, sebanyak 21,389 memohon pembiayaan tanpa faedah itu, tetapi hanya 88% sahaja yang berjaya selepas memenuhi syarat yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Makan Malam Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Katanya skim itu yang disalur menerusi Bank Rakyat adalah untuk membantu penjaja dan peniaga kecil yang menjalankan perniagaan mengikut syariah menambah modal pusingan mereka atau membeli peralatan perniagaan yang lebih baik.

Selain itu, kementerian juga katanya memperuntukkan RM10 juta bagi skim pembiayaan mikro konvensional yang dikendalikan oleh Koperasi Simpanan dan Kredit Bersatu Malaysia Berhad.
Skim ini baharu diperkenalkan bulan ini untuk penjaja dan peniaga kecil yang menjalankan perniagaan tidak berteraskan syariah, katanya.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata sehingga 31 Oktober lepas, sebanyak  868,886 peniaga dan penjaja kecil yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mendapat perlindungan insurans secara berkelompok Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional (P1MP1N).

"Kita sasar 1.5 juta peniaga di seluruh negara berdaftar, jadi saya harap penjaja atau peniaga kecil yang belum berdaftar dengan SSM bagi membolehkan mereka mendapat perlindungan insurans secara percuma itu dapat berbuat demikian.

"Rugi sekiranya mereka tidak merebut peluang dan inisiatif yang ditawarkan oleh pihak kerajaan khusus untuk golongan penjaja dan peniaga kecil  itu," katanya.

Katanya P1MP1N turut meliputi perlindungan kemalangan atau kematian yang melibatkan kejadian di luar negara. - Bernama, 4 November, 2013.

Sunday, 3 November 2013

Skandal pakej umrah

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

IMPIAN Siti Aida Mohd. Salleh untuk mengerjakan umrah buat kali pertama bersama keluarga- nya musnah kerana ditipu sebuah agensi pelancongan.

Ketika ditemui baru- baru ini, Siti Aida memberitahu, sepatutnya dia bersama ibu dan abangnya mengerjakan umrah pada 16 Jun lalu.

Namun, agensi pelancongan terbabit sering menunda tarikh penerbangan. Dia merupakan antara kira-kira 1,200 bakal jemaah umrah dari seluruh negara yang tertipu dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM4.8 juta.

Apa yang lebih malang, wang mereka turut lesap. Beroperasi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, syarikat itu gagal menguruskan penerbangan jemaah umrah pada Jun tahun ini walau- pun bayaran penuh sebanyak RM3,999 dibuat oleh setiap bakal jemaah sejak 2012.

Menurut seorang perunding kumpulan jemaah yang dilantik agensi itu, Qurratul ‘Ain Hasman, dia dan 54 jemaah lain hanya menyedari ditipu selepas jemaah yang dijadual berlepas pada Jun tahun ini terkandas atas alasan masalah dana dan visa.

“Pada mulanya saya dimaklumkan wakil agensi, terdapat masalah berkaitan dana tidak mencukupi yang seharusnya dibiayai syarikat korporat bagi menanggung RM1,500 setiap jemaah daripada harga sebenar pakej umrah iaitu RM5,500,” katanya.

Cek tendang

Namun, sebaik sahaja ke pejabat agensi itu, ia ditutup dengan notis yang tertera ‘premis ditutup sementara’. Usaha menghubungi wakil agensi turut gagal. Wanita ini mendakwa, kira-kira 1,200 bakal jemaah termasuk di Sabah dan Sarawak yang mengambil pakej umrah agensi itu turut gagal menunaikan umrah mereka.

Qurratul memberitahu, pada 7 Jun lalu, pegawai agensi itu menawarkan dua pilihan sama ada meneruskan penerbangan yang dijanjikan pada Ogos dan September lepas atau mengambil wang yang dibayar 45 hari selepas tarikh cek dikeluarkan. “Tetapi cek itu cek tendang,” katanya.

Menurut konsultan Umrah-Haji.com, Hairul Azaman yang merupakan ejen penghubung bakal individu yang ingin menunaikan haji dan umrah, seseorang perlu berhati-hati memilih pakej haji atau umrah yang ditawarkan.

“Pilih syarikat yang berkemampuan dan kredibilitinya tidak dipertikaikan. Ada yang memilih pakej hanya kerana personaliti sese- orang individu.

Tipu

“Jika difikir secara logik, seorang individu hanya mampu menguruskan 40 orang maksimum dan sekiranya lebih itu tidak masuk akal,” katanya.

Jelasnya, bayaran yang dibuat lebih wajar sekiranya melalui akaun syarikat dan bukannya milik individu.
Tambahnya, mereka yang ingin mengerjakan umrah atau haji tidak seharusnya tertipu dengan agensi yang menawarkan pakej umrah dengan kadar harga rendah.



“Mengikut kadar sekarang, biasanya melebihi RM5,000 tetapi jika ada syarikat yang menawarkan hanya RM2,500, itu tidak masuk akal,” katanya.

Bagi seorang pengendali umrah dan haji, Ustaz Abdul Halim Abdullah, bagi mereka yang ingin menunaikan umrah sebaiknya mendapatkan nasihat daripada rakan- rakan atau saudara-mara mereka yang pernah menunaikannya.

“Jika mereka memberikan cadangan, lebih baik kerana ini menunjukkan agensi itu dikenali dan berjaya menganjurkan pakej umrah.

“Ini bagi memastikan kita tidak tertipu kerana banyak pihak yang mengambil kesempatan menipu pada zaman moden ini walaupun berkisar soal agama,” ujarnya. Jelasnya lagi, taraf hidup rakyat negara ini semakin meningkat selain lebih 70,000 orang menunaikan umrah setiap tahun.

“Namun, bukan itu alasan untuk menipu orang lain,” tegasnya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek pula meminta kesemua mangsa memfailkan aduan rasmi kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT- PM).
Pendengaran kes tersebut akan berlangsung dalam tempoh 40 hari selepas kes tersebut difailkan.

Beliau berkata, pihak yang gagal mematuhi award selepas 14 hari dari tarikh award dibuat oleh TTPM, boleh didenda tidak mele- bihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya sekali.
“Oleh itu, saya menasihatkan mangsa pakej umrah berkenaan supaya segera memfailkan kes kerana kita yakin kes tersebut dapat diselesaikan kurang 60 hari selepas ia difailkan. Wang mereka akan di- kembalikan,” katanya.

sumber dipetik dari:- http://www.kosmo.com.my/kosmo/

Belanjawan 2014 Malaysia Pakatan Rakyat

Kurang 3 hari menjelang Pembentangan Bajet 2014 Malaysia, Pakatan Rakyat seperti biasa tampil dengan beberapa syor yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia. Melihatkan….
Melihatkan Laporan Audit Negara 2012, Pakatan Rakyat merasakan banyak program pembangunan dapat dijalankan jika RM20 bilion hingga RM30 bilion yang “hilang” dan “bocor” akibat pengurusan dana yang lemah & kurang amanah selama ini.

Intipati Belanjawan 2014 Malaysia Pakatan Rakyat

  1. Dibina Lebuhraya Pan-Borneo yang menyambungkan bandar-bandar di Sabah dan Sarawak secepat yang mungkin iaitu seawal tahun 2014
  2. Polis kabotaj yang melibatkan negeri Sabah & Sarawak perlu disemak semula bagi membolehkan harga kargo dan barang-barang yang dibawa masuk dan keluar boleh diturunkan
  3. Kemudahan air & elektrik di Sabah & Sarawak perlu diberikan perhatian yang lebih
  4. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dihentikan
  5. Mengkaji dasar perbelanjaan kerajaan, terutama dalam kontrak dan perolehan peralatan
  6. Bagi mengekang lonjakan harga rumah, sistem cukai keuntungan hartanah (RPGT) pada tahap sebelum 2007 akan digunapakai , iaitu cukai berperingkat pada kadar 30% bagi tahun pertama sehingga cukai terendah lima peratus bagi penjualan pada tahun kelima.
  7. Peruntukan tambahan kepada sekolah aliran vernakular pada kadar RM300 bagi seorang pelajar setahun.
Apa pandangan anda dengan syor pada Belanjawan 2014 Malaysia Pakatan Rakyat kali ini?

sumber dipetik dari:- http://www.beritaterkini.my/belanjawan-2014-malaysia