Tuesday, 11 March 2014

Misteri Kehilangan Pesawat MH370 MAS Hilang : Isu Tafsir Ayat Surah Yaasin. Nasihat Ahli Agama!

Misteri Kehilangan Pesawat MH370 MAS Hilang : Isu Tafsir Surah Yaasin : Begitu ramai yang berkongsi kesedihan dan cukup prihatin dengan dengan tragedi pesawat MH370 MAS hilang ini. Alhamdulillah.
Ya…..kita semua, rakyat Malaysia apatah lagi ahli keluarga mansa pesawat MH370 MAS hilang, seluruh dunia turut bersimpati yang terus hilang tanpa khabar berita pesawat MH370 MAS hilang daripada radar sejak Sabtu 8 Mac 2014. Tetapi….biarlah kena caranya. Dan besar kemungkinan….

Dan mungkin disebabkan ia terus menjadi misteri….mungkin, ada sesetengah kalangan kita yang mengambil peluang ini untuk terus menyebarkan sesuatu perkara yang tiada kaitan langsung dengan tragedi kehilangan pesawat MH370 MAS hilang ini tanpa usul periksa.

Sekaligus mendapat perhatian kalangan yang lebih berilmu dan ahli agama yang risaukan senario yang berlaku hari disebalik penerbangan pesawat MH370 MAS hilang yang terus misteri ini.

Antaranya, Ustaz Fathul Bari dan juga Ustaz W. Md. Hazim (Imam Masid Negeri Kuala Terengganu) serta tidak lupa juga Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut. Di bawah ini adalah antara jawapan dan respon balas serta nasihat kepada kita supaya tidak hentikan perbuatan ini dan tidak mengulangi pada masa akan datang….

Misteri Kehilangan Pesawat MH370 MAS Hilang : Antara Bunyi Tafsir Surat Yaasin di Facebook, Twitter

“Peristiwa kehilangan Pesawat MH370 MAS hilang itu berlaku pada 8 Mac bersamaan surah Yaasin ada 83 ayat dalam al quran dan pada ayat 41. Yang mana penerbangan itu berlepas pada jam 12.41 pagi di mana ayat surah Yaasin itu bermaksud, “Dan suatu tanda(kebesaran Allah) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam kapal yang penuh muatan.(ayat 41)”.

Misteri Kehilangan Pesawat MH370 MAS Hilang VS Tafsir Surat Yaasin : Jawapan Ahli Agama

Sebab & penjelasan Tafsir ayat Surah Yasin Tidak Boleh Dikaitkan Dengan Misteri Kehilangan Pesawat MH370 MAS Hilang :
  • Dalam bahasa arab perkataan “Fulk” adalah merujuk kepada kapal yang berlayar di atas air. (Rujuk Kamus al-Wasit)
  • # Jawapan : Maknanya ia tidak merujuk kepada kapal yang berlayar di atas awan (kapal terbang). 
  • Ayat ini juga merujuk kepada kapal Nabi Nuh a.s yang belayar ketika banjir yang amat dahsyat ditimpakan oleh Allah s.w.t ke atas ummat Nabi Nuh yang tidak beriman. (Rujuk Tafsir at-Tobari dan Tafsir Ibnu Kathir)
  • # Jawapan : Maknanya di dalam ayat ini tidak berkait langsung dengan cerita pelayaran kapal terbang.
  • Perkataan “zurriyatuhum” dalam ayat ini pula ditafsirkan oleh ulama dengan dua pendapat:
  • Keturunan kaum musyrikin Mekah (diungkit oleh Allah supaya mereka sedar)
  • Keturunan yang terdahulu semasa zaman Nabi Nuh a.s. (Rujuk Tafsir Fathul Qadir)
  • # Jawapan : Maknanya tidak ada kaitan langsung tentang cerita-cerita yang terkemudian daripada zaman Nabi Nuh a.s untuk dikaitkan dengan ‘keturunan’ dalam ayat ini.
  • Bagaimana pula kaedah ulama tafsir yang disebut: “ Ibrah (pengajaran dalam al-Quran) adalah diambil berdasar umumnya lafaz bukan khususnya sebab turun ayat .” Maka jika melihat kaedah ini bukankah ayat ini boleh juga kita guna pakai untuk kita hari ini yang bukan hanya tertakluk kepada zaman Nabi Nuh a.s?
  • # Jawapan: Kaedah yang digariskan oleh ulama tafsir ini adalah bermaksud untuk mengambil pengajaran BUKAN untuk menafsirkan keadaan yang berlaku berdasarkan ayat al-Quran.
Nasihat kita bersama, Insyaallah sama-sama kita hentikan kegiatan menyebarkan Tafsir ayat Surat Yaasin (surah 83) yang kononnya ada kaitan dengan Misteri kehilangan Pesawat MH370 MAS Hilang. 

P/S : Walaupun mukjizat Rasulullah S.A.W itu sesuai sepanjang zaman, namun kita tidak boleh langgar disiplin dalam mentafsir kitab tersebut sebagaimana ramai yang sewenang-wenangnya tafsir ayat surah Yaasin ada kaitan dengan misteri kehilangan pesawat MH370 MAS hilang.

PP/S : Contoh paling mudah, ambil perlembagaan Malaysia, adakah ia boleh ditafsir sesukati hati ikut selera tekak sendiri? Apatah lagi mukjizat besar Al-Quran.

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/

Monday, 10 March 2014

Latest Update Berita MAS MH370 Malaysia Airlines : Pintu Utama Malaysia Bocor, Zahid Hamidi Tempelak Imigresen!

Latest Update Berita MAS MH370 Malaysia Airlines : Di sini, Berita Semasa akan rangkum segala live update MAS MH370 Malaysia Airlines bagi memudahkan anda mendapatkan berita terkini perkembangan tragedi pesawat MAS MH370 Malaysia Airlines hilang.

Hari ini sudah masuk ketiga di mana pesawat MAS MH370 Malaysia Airlines masih belum dijumpai lagi….Berita terbaru? (Kemaskini pagi 13:23 pagi)…

Sebelum anda semak latest update Berita MAS MH370 Malaysia Airlines, anda boleh meneliti terlebih dahulu beberapa laporan detik-detik berita kehilangan pesawat MAS MH370 Malaysia Airlines sejak 8 Mac 2014.
  1. Kronologi pesawat MAS MH370 hilang : KLIK SINI
  2. Senarai nama penumpang MAS MH370 yang hilang &serta anak kapal : KLIK SINI
  3. Punca pesawat MAS MH370 hilang. Kajian pakar penerbangan : KLIK SINI

Latest Update MAS MH370 Malaysia Airlines 10 Mac 2014

10 Mac 2014 - 13:23 petang
Zahid Hamidi menemplak Jabatan Imegresen & mempertikaikan bagaimana pintu utama masuk ke Malaysia sebegitu mudah bocor dan mahu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen (terutamanya Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).) berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi warganegara Itali dan Austria & menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi kelmarin.
Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia,” katanya
10 Mac 2014 - 11:46 pagi
Latest Update Berita MAS MH370 Malaysia Airlines : Berita pesawat MAS MH370 hilang telah dibuat terus memberikan perkembangan positif, di mana seorang nelayan dari Kota Bharu, Kelantan telah buat laporan polis setelah Azid Bin Ibrahim & Pader Rohim selepas melihat kelibat pesawat terbang rendah sekitar 1:30 pagi 8 Mac 2014

Latest Update Berita MAS MH370 Malaysia Airlines. EKSLUSIF : Melalui sumber yang dikongsikan dari salah sebuah Forum Thailand yang terkenal & telah dimuat naik Andre Blumberg di laman Twitter, tiga Gambar salinan E-Ticket dua lelaki misteri yang menjadi penumpang kapal terbang MAS MH370 telah dibongkarkan dan didedahkan kepada umum.

Di mana 2 lelaki misteri penumpang kapal terbang MAS MH370 telah membayar tiket penerbangan KL Beijing tersebut menggunakan matawang Thai Baht melalui agen perlancongan Pattaya “Six Stars”!

Nampaknya, insiden pesawat MH370 ini semakin rumit dan memeningkan para pakar dan penyiasat dalam dan luar negara. Apakah sebenarnya yang berlaku ketika pesawat meluncur pada paras ketinggian 35,000 kaki itu? Masih belum terungkai….
10 Mac 2014 - 10:15 pagi
 
mas mh370
Latest Update Berita MAS MH370 Malaysia Airlines. Beginilah pemandangan dari udara yang diambil terus dari Helikopter Tentera Udara Vietnam pada 9 Mac 2014.
Dikatakan 2 tumpahan minyak yang besar ada kaitan dengan pesawat MAS MH370 Malaysia Airlines yang hilang.

Sampel telah pun diambil, dan dijangka pada tengahari ini keputusan ujian analisa terhadap sampel tersebut akan mula diketahui tengahari atau petang ini. Nantikan kemaskini daripada Berita Semasa…
P/S : Semakan Berita Semasa di Bursa Malaysia menunjukkan saham Malaysia Airlines (MAS) terus menjunam sebanyak 16%.

Akan dikemaskini berita terkini & Latest Update MAS MH370 Malaysia Airlines. Sedang dikemaskinikan…

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/latest-update-berita-mas-mh370-malaysia-airlines


Sunday, 9 March 2014

Berita Terkini Pesawat MAS KL – Beijing Hilang? Terbaru, Pesawat MAS Terhempas di Laut China Selatan?

Berita Terkini Pesawat MAS KL – Beijing Hilang Terhempas : Tanggal 8 Mac 2014 awal pagi tadi, rakyat Malaysia amnya dan dunia dikejutkan dengan berita yang tersebar luas apabila didapati Pesawat MAS KL – Beijing hilang.

Terbaru menerusi semakan Berita Semasa terhadap berita terkini Yahoo Singapore yang telah disahkan sendiri oleh tentera Vietnam, pesawat MAS KL – Beijing hilang terhempas di Laut China Selatan.

Seluruh dunia sedang mengikuti secara dekat berita terkini tragedi Pesawat MAS KL – Beijing hilang. Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Terbaru diberitakan China telah pun menghantar 2 buah kapal ke Laut China Selatan. Tentara Filipina juga telah menghantar 3 buah kapa l dan sebuah pesawat pemantau bagi operasi menyelamat tragedi pesawat Malaysia Airlines hilang kali ini..

Kronologi Pesawat MAS KL – Beijing Hilang & Terhempas di Laut China Selatan

  • 12:41 pagi : Pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 berlepas dari Kuala Lumpur Sabtu & dijangka mendarat di lapangan terbang Beijing pukul 6:30 pagi tadi
  • 2:30 pagi : Malaysia Airlines melalui pesawat MAS KL – Bejing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang
  • 7:25 pagi : Malaysia Airlines (MAS) mengeluarkan kenyataan media, pasukan menyelamat digerakkan
  • 10:15 pagi : Malaysia Airlines (MAS) menafikan kapal terbang pesawat MH370 selamat mendarat di Nanming, China (Kenyataan Media Kedua MAS):
  • 10:30 pagi : Satu mesyuarat tergempar oleh pihak MAS diadakan bersama agensi penyelamat yang lain.
  • 10:40 pagi : TUDM menghantar pasukan mencari dan menyelamat tragedi pesawat MAS hilang
  • 11.00 pagi : Senarai nama Crew MAS MH370 didedahkan yang mana termasuk Fariq Abdul Hamid (pembantu juruterbang pesawat MAS MH370) dan Kapten Zaharie Ahmad Shah yang berusia 53 tahun
  • 11.05 pagi : MAS Hubungi ahli keluarga penumpang
  • 11.30 pagi  : Senarai jumlah penumpang pesawat MAS KL Beijing mengikut negara yang dikeluarkan oleh MAS:
  • 12.45 tengah hari : Media Vietnam melaporkan Pesawat MH370 terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc! Laporan Yahoo Singapore.
  • 1.15 Tengah Hari : Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengarahkan agensi penyelamat melakukan segala apa yang terdaya untuk mengesan pesawat MH370
  • 2.00 Petang  : 62 Senarai penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang berjaya diperolehi setakat ini

Berita Terkini Pesawat MAS KL – Beijing Hilang & Terhempas? Senarai Nama Penumpang :

  1. Fariq Ab. Hamid
  2. Zaharie Ahmad Shah
  3. Foong Wai Yueng
  4. Goh Sock Lay
  5. Gomes Patrick Francis
  6. Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan
  7. Junaidi Mohd. Kassim
  8. Andrew Nari
  9. Ng Yar Chien
  10. Tan Ser Kuin
  11. Tan Size Hiang
  12. Wan Syaid Wan Ismail
  13. Anne Catherine Daisy (MYS)
  14. Bai Xiaow (CAN)
  15. Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA)
  16. Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS)
  17. Brooskii Nikolath (RUS)
  18. Burrows Rooney (AUS)
  19. Chan Huan Peen (MYS)
  20. Chen Weihoing (MYS)
  21. Chew Kar Mooi (MYS)
  22. Chng Mei Ling (MYS)
  23. Chuang Hsiu Ling ((TWN)
  24. Chustrak Oleg (UKR)
  25. Deineka Sergii (UKR)
  26. Dina Mohamed Yunus Ramli (MAS)
  27. Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS)
  28. Gu Naijun (AUS)
  29. Guan Hua Jin (MYS)
  30. Huang Tianjui (CHN)
  31. Hue Pui Heng (MYS)
  32. Jee Jing Hang (MYS)
  33. Jiang Cuiyun (CHN)
  34. Koh Tiong Meng (MYS)
  35. Kolekar Chetana Vinod (IND)
  36. Kolekar Vinod Suresh (IND)
  37. Kozel Christian (AUT)
  38. Lawton Catherine (AUS)
  39. Lawton Robert (AUS)
  40. Lee Kah Kin (MYS)
  41. Lee Sew Chu (MYS)
  42. Li Hongjing (CHN)
  43. Li Yuan (AUS)
  44. Lim Por Chua (MYS)
  45. Lui Ching (CHN)
  46. Maraldi Luigi (ITA)
  47. Meng Leoinf (USA)
  48. Meng Nicole (USA)
  49. Mohamad Sofian Ibrahim (MYS)
  50. Mohd. Khairul Amril Selamat (MYS)
  51. Muhammad Drazahan Zamani (MYS)
  52. Mukherjee Muktesh (CAN)
  53. Muzi Yusop (MYS)
  54. Ng May Li (MYS)
  55. Noorida Mohd. Hashim (MYS)
  56. Nor Fadzillah Mat Rahim (MYS)
  57. Norliakmar Hamid (MYS)
  58. Ramlan Safuan (MYS)
  59. Sharma Chandrika (IND)
  60. Shirsath Kranti Pralhad (IND)
  61. Sim Keng Wei (MYS)
  62. Siregar Firman Chandra (IND)
Masih menantikan pengesahan daripada Malaysia Airlines dan perkembangan berita terkini pesawat MAS Kl Beijing hilang…..

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/