Tuesday, 2 September 2014

Malaysia Airlines MAS Buang 6,000 Pekerja (30%), Selepas Rugi RM3 Juta Sehari!

Malaysia Airlines MAS Buang 6,000 Pekerja (30%), Selepas Rugi RM3 Juta Sehari!  : Sah! Itu perkataan yang sesuai untuk sebilangan besar kalangan kakitangan Malaysia Airlines (MAS) kena buang kerja dek kerana masalah Malaysia Airlines yang dilihat cukup meruncing jika tidak diselamatkan daripada sekarang. Masakan tidak….

Masakan tidak, MAS dihimpit dengan sejumlah RM3 juta kerugian setiap hari. Sekarang ini, yang banyak bagi keuntungan kepada Malaysia Airlines (MAS) adalah penerbangan tempatan. Tetapi sayangnya, penerbangan domestik ini jugalah yang selalu diabaikan Malaysia Airlines (MAS). Diharapkan pelan pemulihan MAS baru 2014-2017 selepas ini akan memberikan impak yang lebih baik daripada sebelum ini. Dunia penerbangan hari ini cukup kejam, jikalau anda terlalu lambat untuk berubah, anda akan terus dipinggirkan…

Malaysia Airlines (MAS) : Pelan Pemulihan MAS baru 2014-2017

Organisasi baru atau Newco akan ditubuhkan menggantikan yang lama
  • Sejumlah 30% daripada jumlah saiz kakitangan MAS bersamaan 6,000 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) kena buang kerja yang akhirnya syarikat MAS yang memiliki 20,000 pekerja sebelum ini akan berkurang menjadi 14,000 pekerja.
  • ibu pejabat dan operasi utama berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
  • Suntik RM6 bilion dana merangkumi pembiayaan pembelian baki saham dan program penstrukturan dalam tempoh yang ditetapkan dengan kawalan ketat.
Dan dijangka syarikat Malaysia Airlines (MAS) akan untung semula selepas 3 tahun daripada sekarang, dijangka tahun 2017. Harap-harap menjadi kenyataan. Insyaallah. Amin. Sebenarnya daripada dahulu lagi, Berita Semasa agak sangsi mengapa dan kenapa HR/Admin MAS berada di Subang. Akhirnya terdapat beberapa urusan dalaman Malaysia Airlines termasuklah untuk urusan “resign dahulu“, kalangan kakitangan MAS terpaksa berulang alik KLIA – Subang. Ambil borang di sana, pulangkan uniform di sini. Alhamdulillah walaupun agak lambat bertindak, akhirnya selepas Malaysia Airlines mencatat kerugian mencecah berbilion ringgit, akhir pihak pengurusan tertinggi MAS nampak masalah ini walau

Walaubagaimanapun, sekarang ini sudah zaman IT, semua urusan banyak menggunapakai online dan “less paper”. Jadi kita semua dapat bayangkan di sini department mana yang paling ramai akan dikenakan VSS. Mungkin?

Pelan Pemulihan Malaysia Airlines MAS : Cadangan Berita Semasa?

Bagi Berita Semasa sendiri, Malaysia Airlines mesti buat sepertimana macam syarikat penerbangan yang baru buka.
  1. Lebih banyak menggunakan agen berbanding melantik pengurus ke sana dan kesini, mesti “support the whole family duduk di oversea” contohnya
  2. Lakukan seperti mana yang dilakukan oleh AAX sekarang ini, operasi masih lagi dilihat bergerak dengan lancar walaupun tiada pengurus stesen ke sana kesini. Sebenarnya agen dilihat hasil kerja mereka lebih baik dek kerana mereka hanyalah kontrak, andaikata tidak mencapai KPI syarikat boleh terminate tukar dengan yang lain
  3. Satu lagi, pengangkutan untuk krew Malaysia Airlines MAS pun banyak menggunakan perbelanjaan. Jikalau kree Malaysia Airlines (MAS) boleh menggunakan pengangkutan sendiri, sudah boleh menjimatkan ratusan ribu sebulan. Tidak perlu van, gajikan pemandu, penyelenggaraan, minyak, servis semua itu
  4. Check in sekarang sudah menggunakan kiosk. Mungkin selepas ini luggange akan diberikan kepada pelanggan mereka sendiri untuk tag dan letak di conveyer. Ini bermakna “groundstaff” untuk bahagian tersebut juga boleh dikurangkan? Mungkin?
  5. Berita Semasa cadangkan Malaysia Airlines tawarkan latihan intensif yang boleh dijadikan aser kepada kabin krew kepada krew syarikat penerbangan komersil lain bagi mempelbagaikan sumber pendapatan Malaysia Airlines MAS. Ini kerana berdasarkan rekod, kabin krew Malaysia Airlines yang berpengalaman senang dapat kerja di syarikat penerbangan lain.
  6. Ditambah pula, dahulu semasa Malaysia Airlines terlebih krew, mereka sampai buat secondment dengan Qatar Airways. Kontrak selama 2 tahun untuk setiapnya. Habis sahaja kontrak, mereka balik KL. Akhirnya berbulan-berbulan menganggur dek kerana MAS tidak panggil untuk terbang. Akhirnya, kalangan mereka terpaksa letak jawatan dan terus menyertai Qatar Airways terus. Yang menariknya Qatar Airways tetap berlapang dada untuk menerima krew Malaysia Airlines.
Tindakan yang sangat drastik namun jikalau ianya difikirkan terbaik, maka kita harus terima hakikat tersebut. Ya….memang ramai yang akan hilang pendapatan tetapi dalam keadaan yang menghimpit sebegini, terpaksalah menerima seadanya. Sebab itu, kita selalu diingatkan dengan kata-kata :
“Beringat-ingatlah apabila kita dalam senang”
Kepada pekerja MAS, jangan bersedih dan putus asa. Berita Semasa percaya dengan kebolehan anda semua dan pasti akan dapat pekerjaan yang bagus selepas ini.
Ini kerana teknikal krew Malaysia Airlines MAS contohnya adalah berada pada prestasi terbaik berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki mereka selama ini. Rezeki terbuka di airline lain.. Insyaallah.

Banyak syarikat airlines di negara lain yang sedia menawarkan pekerjaan untuk kepakaran anda! Sebelum bulan puasa baru-baru ini, Berita Semasa difahamkan yang mana ramai juga kakitangan teknikal Malaysia Airlines yang menyertai Qatar Airways dan Emirates dengan gaji yang lebih lumayan.

Pelan Pemulihan Malaysia Airlines MAS : Senarai Laluan Penerbangan Yang Dibuang?

Berapa banyak agaknya, laluan penerbangan Malaysia Airlines MAS akan dibuang agaknya. Setakat ini, Berita Semasa dimaklumkan yang mana :
  1. KUL-LAX-KUL sudah tiada : Penerbangan yang terakhir ke Los Angeles adalah pada 30 April 2014 yang lalu. Siapa yang biasa pergi US pasti menggunakan pesawat MH92/MH93. Sekarang hanya tinggal kenangan.
  2. KUALA LUMPUR – ISTANBUL : Selalunya 4 bulan sahaja penuh, waktu musim orang melancong, lagi 8 bulan ada masalah untuk mendapat penumpang yang konsisten MAS terbang seminggu sekali. Susah utnuk mendapatkan penumpang jikalau hanya terbang seminggu sekali dan dilihat tidak mampu bersaing dengan Emirates yang terbang ke Malaysia 4 kali sehari.
  3. KUALA LUMPUR – FRANKFURT : Dijangka turut bakal dibuang. MAS cuma terbang ke Paris, London dan dan Amsterdam sahajalah di Europe. Mungkin?
P/S : Good for mas too good to the nation. Sudah terlalu banyak “bail out” duit cukai rakyat. Resize man power is a common action to restructure broken company.

PP/S : Syarikat ini sebenarnya seperti manusia juga. Manusia perlu kurangkan lemak untuk menjadi lebih sihat. Syarikat pula mengurangkan kos untuk mendapat untung.

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/malaysia-airlines-mas-buang-pekerja

Monday, 1 September 2014

Proton lancar imej 'teaser' PCC di laman mikro

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini melancarkan imej 'teaser' bagi model terbaharunya dengan nama gelaran PCC di laman mikro baharu mereka, betulbetulonz.com.my.

Laman mikro berkenaan memaparkan imej reka bentuk lampu hadapan dan unit skrin sesentuh selain beberapa lagi imej menunjukkan ruang dalam kenderaan itu yang dilengkapi beg udara pada bahagian hadapan dan sisinya.

Sebelum ini, Proton telah memaparkan imej lampu hadapan PCC di dalam iklan Hari Raya Proton 2014. Sementara itu, laman blog Paultan.org turut memaparkan imej penuh Proton PCC berwarna hijau. Baru-baru ini, Proton mendedahkan PCC dikuasakan dengan enjin baharu VVT 1.3 liter dan 1.6 liter dengan transmisi manual serta automatik.

Enjin PCC juga menampilkan blok baharu, piston serta injap, dan merupakan model pertama bagi siri enjin baharu yang akan menggantikan enjin Campro sebelum ini. PCC ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium dan setakat ini merupakan kenderaan yang menarik berbanding pesaingnya dalam segmen B.

Orang ramai boleh mula mendaftar di laman mikro berkenaan bagi menyertai sesi pandu uji Proton PCC yang akan diumumkan tidak lama lagi.

sumber : http://utusan.com.my/

Sunday, 31 August 2014

MAS akan buang sehingga 6,000 pekerja

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) tidak menjangkakan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) akan melaksanakan pembuangan pekerja Malaysia Airlines (MAS) sehingga 6,000 orang sebagai satu daripada langkah pemulihan syarikat penerbangan itu.

Presidennya, Ismail Nasaruddin berkata, walaupun telah menduga daripada awal bahawa langkah pembuangan kakitangan akan dilaksanakan namun begitu, pihaknya tidak menyangka seramai itu. Katanya, NUFAM akan meneliti secara keseluruhan pelan tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan termasuk membawa isu tersebut untuk perhatian pihak kerajaan.

"Buat masa ini, saya tidak boleh memberi sebarang komen yang mendalam berhubung perkara ini kerana saya memahami jumlah 6,000 itu sahaja sudah cukup membimbangkan pekerja MAS kerana kita tidak tahu siapa yang terlibat.

"Kami juga belum mendapat maklumat penuh, siapakah yang akan terlibat dalam pembuangan itu, adakah termasuk anak kapal atau melibatkan pekerja di peringkat pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Langkah pemberhentian pekerja itu merupakan antara kandungan daripada 12 pelan yang ditetapkan oleh Khazanah bagi memulihkan MAS. Baki lagi 14,000 pekerja dan aset-aset sedia ada akan dipindah milik kepada NewCo.

Dalam masa sama, menurut Ismail, pihaknya juga meminta agar identiti dan jenama MAS dikekalkan kerana ia telah dikenali di peringkat antarabangsa. "NUFAM mengharapkan supaya imej MAS tidak hilang begitu sahaja. Kami mahu ia dikekalkan dan menjadi satu kebanggaan buat negara," katanya.

sumber : http://utusan.com.my/