Tuesday, 30 June 2015

Menteri Kabinet Yang Patut Disingkir dan Ditukar Potfolio?

rombakan kabinet 2015 malaysia 
Jikalau menteri kabinet di negara maju dan besar seperti Jepun dan Amerika Syarikat hanya mempunyai 16 dan 18 menteri sahaja, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet, United Kingdom dengan 23 menteri kabinet mereka, manakala negara India yang memilik penduduk sejumlah 1.1 bilion mempunyai 32 menteri kabinet sahaja.

Jadi, mengapa Malaysia hanya sekadar negara membangun dengan penduduk sekitar 30 juta sahaja berlagak mewah membelanjakan pembayar cukai untuk menanggung sejumlah 35 menteri kabinet? Mengapa?

Adakah mereka ini benar-benar membela rakyat sehingga berjaya mengangkat nama dan ekonomi Malaysia melonjak ke paras yang begitu membanggakan? Atau sebenarnya bertujuan untuk menyuapkan mereka ini bagi memberikan peluang seramai mungkin kuasa atas nama kapasiti pemimpin politik? Adakah perbelanjaan boleh guna rakyat semakin baik?
  • Untuk apa Malaysia perlu ada sehingga 2 menteri kewangan?
  • Perdana Menteri tidak perlu pegang jawatan kepada Menteri Kewangan
  • Mengapa begitu ramai dilonggokkan di Menteri di Jabatan Perdana Menteri?
Berita Lanjut di : http://www.beritasemasa.com.my/rombakan-kabinet-2015-malaysia-menteri


Peluang SAYA Kongsi "MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 / 013 9116 568  atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK banner di bawah :

Monday, 29 June 2015

EPF Risau Cara Belanja Duit atau Sayang Lepaskan Duit Orang Ramai?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beringin benar untuk menyimpan terus duit simpananan persaraan anda daripada sepatutnya boleh dikeluarkan pada umur 55 tahun tetapi mahu dianjakkan kepada tempoh 5 tahun lagi iaitu hanya boleh keluar KWSP umur 60.

Kengapa KWSP mengambil berat sangat dengan kalangan pencarum KWSP tentang corak perbelanjaan mereka?

Duit pencarum, hak pencarum. Berapa tahun mahu dihabiskan itu hak pencarum. Cuma, mungkin boleh diberikan pendidikan bagaimana mahu menguruskan wang pensaraan dengan kaedah yang betul dan selamat. Bukannya menyelesaikannya dengan mengelaurkan cadangan keluar KWSP umur 60 tahun.

Dividen yang rendah saban tahun. Sekurang-kurangnya dengan pengeluaran KWSP oleh pencarum boleh gunakan duit tersebut dalam urusan :
  • simpanan ASB ataupun Tabung Haji
  • beli tanah
  • menunaikan umrah dan haji
  • modal berniaga.
Adalah lebih baik pencarum KWSP bangkit lebih awal bagi menolak cadangan keluar KWSP umur 60 tahun daripada mengelupur kemudian hari. Lebih baik bantah ketika baru diperingkat pertimbangan daripada bantah pada ketika ia sudah mula dilaksanakan.


Peluang SAYA Kongsi "MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Anda melakukan tugasan hanya 10% selebihnya di lakukan oleh system . Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 / 013 9116 568  atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK baner dibawah :-

Sunday, 28 June 2015

Cagar Hasil Minyak dan Gas Terengganu Untuk 1MDB Buat Hutang?

Nampaknya sekarang ini acapkali rakyat Malaysia disajikan dengan kejutan terutamanya melibatkan skandal 1MDB, skandal terbesar dalam sejarah negara melihatkan tanggungan hutang sejumlah RM42 bilion.

Langsung dari utara (negeri Terengganu), bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad said tampil di dewan undangan negari Terengganu membongkar apa sebenarnya yang berlaku di awal penubuhan 1MDB sebelum ini :
  • 1MDb asalnya adalah Terengganu Investment Authority (TIA)
  • Permulaan modal berbayar TIA kerajaan Terengganu yang sediakan sejumlah RM1 juta
  • Kemudian ditubuhkan 1MDB selepas Terengganu menarik diri
  • 1MDB pernah mahu cagar hasil minyak dan gas Terengganu. Sampai begitu sekali? Dahsyat!!!
  • Walaubagaimanapun kerajaan Terengganu bertindak membatalkan urusan tersebut
  • Perdana Menteri Najib Razak marah dengan tindakan Ahmad said
  • Natijahnya, di situlah bibit-bibit awal Ahmad Said diberikan masa dan ditunjukkan jalan keluar (letak jawatan)
  • Dan, hari ini Ahmad Said bersedia tampil membongkar lebih banyak isu berkaitan skandal 1MDB Malaysia selepas ini.
1MDB ini menggunakan konsep “leveraging” iaitu dengan meminjam dan hasil pinjaman dibuat pelaburan (konsep “used other people’s money; Robert Kiosaki, “millionaires Next Door).
  • “End game”, model perniagaan ini sepatutnya memberi pulangan segera kepada “Sang Penciptanya” dalam bentuk komisen (_________ & _____________), kerajaan
  • Malaysia mendapat “easy capital” untuk pembangunan hartanah dan infrastruktur serta berjaya menjadikan Malaysia pusat pasaran Modal dan kewangan dunia sekaligus mengatasi Singapura mahupun London.
  • Tetapi sayang, cerita Mat Jenin sudah lama berlalu dan kita sudah dengar sebelum ini dan juga permainan Skim Pak Man telo, ada ahlinya panjat pokok kutip daun katanya itu duit.
Samalah juga dengan 1MDB nanti. Tetapi mangsanya disini adalah rakyat marhaen di Malaysia kelak.

Lebih 90% pinjaman 1MDB dibuat menerusi pinjaman daripada “Institusi pembankan Malaysia and GLC”. Sepertimana yang kita ketahui kesemua bank-bank dalam Malaysia terlibat memberi pinjaman kepada 1MDB kecuali CIMB Bank. Manakala penjualan sukuk (bond) pula dilanggani oleh kesemua badan-badan kerajaan yang bergiat dalam pelaburan. Mereka diperdaya 1MDB kerana ia adalah sebuah anak syarikat kerajaan dibawah Kementerian Kewangan.

Persoalannya sekarang, kemanakah wang berjumlah RM27 billion (unaccounted for) pergi, selepas mengambil kira pembelian-pembelian janakuasa-janakuasa IPP dan tanah-tanah TRX & Sungai Besi. Nah…persoalan ini jugalah yang telah dibangkit Tun Mahathir sebelum ini.

Peluang SAYA Kongsi "MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Anda melakukan tugasan hanya 10% selebihnya di lakukan oleh system . Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 / 013 9116 568  atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK banner di bawah:-